Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MP Kemaman persoalkan kenapa Perwaja rugi besar sedang Maju Holding dapat 'durian runtuh'

KUALA Lumpur: MP Kemaman yang juga ahli MPT keADILan Tuan Haji Abdul Rahman Yusuf mempersoalkan bagaimana Perwaja mengalami kerugian sebanyak RM 1.348 billion sedangkan syarikat induknya, Maju Holding mencatatkan keuntungan berlipat ganda.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Parlimen semalam. Perwaja adalah syarikat besi terbesar negara dan mempunyai beribu-ribu pekerja di kilangnya di Kemaman. Ia telah jatuh muflis beberapa kali dan berpindah-pindah pemilikan daripada kerajaan negeri Terengganu kepada Maju Holding.

Perwaja menjadi topik hangat suatu ketika dahulu apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim, ketika itu Menteri Kewangan mendedahkan penyelewengan besar-besaran yang dilakukan oleh bekas pentadbirannya di bawah Tan Sri Eric Chia.

Walaupun laporan audit dalaman menunjukkan salahlaku penyelewengan dan rasuah berleluasa, usaha Dato' Seri Anwar untuk mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka keadilan terjejas apabila Tan Sri Eric dilindungi oleh orang-orang kuat kerajaan sendiri. Beliau dikatakan begitu rapat dengan Perdana Menteri.

Menyentuh mengenai kerugian Perwaja, YB Haji Abdul Rahman mendedahkan bahawa fenomena Maju Holdings di bawah Datuk Abu Sahid mengalami durian runtuh adalah kerana transaksi perniagaan dibuat tanpa mengambil kira kepentingan komersial Perwaja.

Perwaja membeli pelbagai material dan perkhidmatan pada harga yang tinggi daripada syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Maju Holdings. Di antaranya ialah:

· Semua pembekalan alat-alat ganti kilang diberi kepada syarikat Maju Alat Ganti

· Pembekalan kimia diberi kepada syarikat Maju Egat

· Pembekalan besi buruk dan bijih besi kepada syarikat Purnama

· Pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan alat-alat elektrik dan elektronik kepada syarikat Capital Network

· Pembekalan pekerja dan buruh kontrak kepada syarikat Black Rock

· Pembelian "reject billet" dengan izin kepada syarikat Maju Steel.

Transaksi yang diistilahkan sebagai 'transaksi pihak terbabit' (related party transactions) dalam bahasa perakaunan ini selalunya dilakukan untuk mengaut sebanyak mana keuntungan daripada syarikat yang diketahui akan muflis.

Menurut akauntan-akauntan penasihat keADILan, berdasarkan standard amalan audit antarabangsa, transaksi demikian boleh dikira menyeleweng dan perlu dilaporkan secepat mungkin, apatah lagi kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Kata salah seorang dari mereka, kepentingan Perwaja di peringkat nasional tidak boleh dinafikan kerana ia melibatkan ribuan pekerja yang bergantung nasib kepadanya.

"Apatah lagi terdapat banyak pemiutang (creditors) yang terpaksa menanggung rugi besar jika Perwaja jatuh muflis dan tidak boleh diselamatkan, kepentingan mereka perlu diambil kira juga."

Dalam ucapan beliau lagi, YB Haji Abdul Rahman juga melahirkan rasa kesal kerana gaji pekerja terus dipotong atas alasan penggunaan Koperasi Perwaja, sedangkan sumber dalaman koperasi melaporkan koperasi tidak menerima potongan tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya ke manakah wang pekerja Perwaja dalam bentuk potongan itu digunakan.

Perwaja juga sehingga kini masih belum melangsaikan hutangnya dengan Majlis Daerah Kemaman berjumlah RM4 juta, kata YB Haji Abdul Rahman lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com