Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung Parti KeADILan Nasional

Penahanan Reman Dr. Badrul Amin Bahron Hentikan Tekanan Yang Melampau

Parti KeADILan Nasional cukup memandang serius satu lagi siri tekanan yang melampau apabila menahan semula Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan, Dr. Badrul Amin Bahron semalam. Walaupun dibebaskan semula dengan ikat jamin mulut sebanyak RM2,000 lewat petang semalam, tindakan menahan semula dengan alasan yang tidak munasabah, adalah satu penganiayaan kepada beliau.

Tuduhan bahawa beliau keluar daripada kawasan semasa berada di Pejabat KeADILan Gombak dan berucap di khalayak ramai padahal beliau hanya membaca doa adalah satu tuduhan yang keterlaluan dan tidak munasabah.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Dr. Badrul Amin akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang, jam 9.00 pagi, 30 Januari 2002 atas tuduhan tersebut.

Sejak diletakkan di bawah perintah Penggantungan Tahanan di Bawah Seksyen 10 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr. Badrul Amin telah berusaha sedaya mungkin mematuhi segala syarat dan ketetapan. Syarat yang mewajibkan beliau melaporkan diri ke Balai Polis juga dipatuhi dengan tekun.

Di samping itu keADILan berpendapat, penahanan beliau semalam lebih bersifat tekanan melampau yang berunsur politik. Tambahan pula, Dr. Badrul baru-baru ini dengan berani telah membuat cabaran kepada seorang bekas Menteri Besar Selangor supaya membuktikan bahawa beliau menerima pemberian tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sekiranya bekas Menteri Besar itu gagal, Dr. Badrul akan mengambil tindakan undang-undang.

Usaha bekas Menteri Besar Selangor itu yang membuat tuduhan tidak bertanggungjawab terhadap Dr. Badrul dan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lainnya, dikatakan ada kaitan dengan usaha untuk menutup dakwaan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sekarang, Dato’ Dr. Khir Toyo.

Dengan itu, KeADILan berpendapat, penahanan ini lebih merupakan cubaan pihak tertentu memberikan tekanan dan gangguan politik kepada pimpinan KeADILan yang sentiasa berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Di samping itu, kita ingin mengingatkan pihak berkuasa supaya jangan memperalatkan undang-undang bagi tujuan menindas dan menekan suara-suara yang mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa mereka.

Undang-undang draconian seperti ISA mestilah dimansuhkan segera. KeADILan menggesa supaya semua tahanan politik ISA dibebaskan segera tanpa syarat.

Terima kasih.

SAHRI BAHARI
Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional
8 Disember 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com