Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tahanan Dr. Badrul ada kaitan dengan skandal Khir Toyo

KUALA Lumpur: Setiausaha Agung keADILan Ir. Haji Shari Bahri menyifatkan penahanan semula Dr. Badrul Amin baru-baru ini ada kaitan dengan keberanian Dr. Badrul menyangkal dakwaan seorang bekas menteri besar Selangor bahawa beliau dianugerahkan sebidang tanah.

Tuduhan itu dibuat berikutan meletupnya skandal rasuah Menteri Besar Selangor Dr. Khir Toyo. Untuk mempertahankan dirinya, Khir menuduh pemimpin-pemimpin pembangkang turut mendapat tanah daripada kerajaan negeri.

Ia walau bagaimanapun disangkal oleh Dr. Badrul Amin, yang menegaskan bahawa dakwaan itu tidak berasas kerana walaupun satu kumpulan fasilitator pernah diberi kelulusan mendapatkan sebidang tanah, projek cadangan tidak pernah diteruskan.

" Di samping itu keADILan berpendapat, penahanan beliau semalam lebih bersifat tekanan melampau yang berunsur politik. Tambahan pula, Dr. Badrul baru-baru ini dengan berani telah membuat cabaran kepada seorang bekas Menteri Besar Selangor supaya membuktikan bahawa beliau menerima pemberian tanah daripada Kerajaan Negeri Selangor. Sekiranya bekas Menteri Besar itu gagal, Dr. Badrul akan mengambil tindakan undang-undang," kata Ir. Haji Sahri.

Menurut Ir. Haji Sahri lagi, keADILan menyifatkan penahanan semula Dr. Badrul walaupun setelah dibebaskan pada mulanya sebagai satu penganiayaan kepada beliau.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com