Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PPRT: Pegawai perkhidmatan awam jadi 'kambing hitam'?

KUALA Lumpur: Kerajaan perlu telus dalam menyelesaikan skandal penyelewengan peruntukan PPRT dengan mendedahkan semua pihak yang terlibat, bukannya pegawai-pegawai perkhidmatan awam sahaja. Ini dinyatakan oleh seorang jurucakap sekretariat Pemuda keADILan apabila diminta mengulas mengenai tindakan pihak berkuasa menahan empat orang pegawai kanan kerajaan baru-baru ini.

Menurut beliau, pelbagai pendedahan telah dibuat oleh media milik UMNO sendiri yang seolah-olah menyarankan hubung kait bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Anuar Musa dengan skandal tersebut. Kata beliau, jika siasatan nanti langsung tidak mengambil kira kemungkinan penglibatan Datuk Anuar, kredibiliti kerajaan akan terus punah.

"Ini akan mengesahkan syak wasangka rakyat bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan itu menjadi 'kambing hitam' permainan politik wang UMNO," jelas beliau.

Baru-baru ini, pihak berkuasa membebaskan empat orang pegawai kanan kerajaan yang ditahan dalam siasatan skandal penyelewengan wang rakyat. Mereka adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Mohd Ariff Abu Bakar, bekas Ketua Pengarah Risda Datuk Nik Kamaruddin Nik Abdul Kadir, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Dr. Abdul Aziz Mohammed dan Pengurus Besar KETENGAH Datuk Alwi Said.

Skandal pecah amanah itu menggemparkan tanahair apabila laporan polis dibuat mengenai tuduhan penyelewengan wang rakyat berjumlah RM36.6 juta yang diperuntukkan kepada pembangunan rakyat termiskin.

Wang tersebut adalah untuk memajukan projek pertanian bagi membantu penduduk miskin di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, kedua-dua projek itu mengalami kerugian besar lalu ditinggalkan terbengkalai.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum memanggil Datuk Anuar Musa untuk memberi keterangan walaupun nama beliau disabitkan dengan skandal tersebut.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com