Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pergaduhan di mesyuarat Pemuda MCA

SERDANG: Mesyuarat pertama Pemuda MCA sejak kekecohan dalam mesyuarat agongnya baru-baru ini turut berakhir dengan pergaduhan dan kekecohan. Seorang pemerhati menyifatkan tingkahlaku pemimpin-pemimpin Pemuda MCA sebagai 'kebudak-budakan' dan seperti 'gangster'.

Dalam kejadian itu, keadaan menjadi kecoh apabila Ketua Pemuda MCA Datuk Ong Tee Kiat menangguhkan mesyuarat sedangkan ia dibangkang oleh satu lagi kumpulan yang menyokong Presiden parti Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik. Kumpulan yang diketuai oleh Yew Teong Lok itu kemudiannya meneruskan mesyuarat itu dan meluluskan beberapa perkara.

Pergaduhan ini adalah rentetan daripada perpecahan dalaman MCA yang seakan-akan menyerupai perpecahan UMNO dalam tahun 1987 dahulu. Parti cauvinis perkauman itu kini terbahagi kepada dua kumpulan - Kumpulan A yang setia kepada presiden Ling Liong Sik sementara Kumpulan B yang menyokong Lim Ah Lek dan Chua Jui Meng.

Pergaduhan makin memuncak apabila mesyuarat bahagian kian dekat, terutamanya berkaitan kelulusan beratus-ratus cawangan baru. Dalam kekecohan mesyuarat baru-baru ini, kumpulan Ling Liong Sik mengumumkan penubuhan 100 cawangan baru walaupun tanpa persetujuan dan kehadiran Ketua Pemuda Ong Tee Kiat.

MCA baru-baru ini digegarkan dengan perselisihan di Petaling Jaya Utara apabila beberapa pihak menuduh pemimpin bahagian menubuhkan cawangan haram. Menurut pemerhati politik, fenomena ini akan berterusan dan pemilihan parti nanti mungkin akan diheret ke mahkamah seperti pemilihan UMNO 1987 kerana tuduhan pengundi hantu.

Fenomena pengundi hantu bukan perkara baru dalam amalan politik parti pemerintah. Selain manipulasi peringkat kebangsaan untuk memenangi pilihanraya umum, parti BN juga sering dituduh oleh ahli mereka sendiri menggunakan pengundi hantu untuk mengekalkan pemimpin yang ada.

Dalam kekecohan malam semalam, pemimpin-pemimpin Pemuda MCA saling berteriakan dan mengugut, sementara lampu pula dipadam ketika dewan masih dipenuhi wartawan. Penyokong kuat Ling Liong Sik iaitu Yew Teong Lok pula duduk di kerusi dan mula memakan kek kerana tidak mahu beredar dari dewan, lalu bermulalah pula siri tuduh menuduh di antara pemimpin kedua-dua fraksi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com