UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Calon BA diumum hanya selepas persetujuan Majlis Pimpinan BA

KUALA Lumpur: Setiausaha Agung keADILan, Ir. Haji Sahri Bahri mengesahkan bahawa calon BA dalam pilihanraya DUN Indera Kayangan hanya akan diumumkan selepas persetujuan Majlis Pimpinan BA, bukannya berdasarkan keputusan keADILan semata-mata.

Baru-baru ini, akhbar-akhbar perdana melaporkan bahawa keADILan akan terus mengumumkan calonnya, memberi gambaran seolah-olah keADILan mengenepikan rakan-rakannya di dalam BA.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas MPT baru-baru ini bagi membincangkan pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan. Dalam mesyuarat yang turut dihadiri Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden itu, mereka membincangkan pelbagai perkara seperti laporan dari keADILan Perlis, strategi kempen dan pilihan calon.

Mengulas mengenai pilihan calon, Ir. Haji Sahri enggan memberi nama sehingga calon BA disahkan oleh Majlis Pimpinan BA.

Laporan-laporan akhbar perdana dan internet menyebut beberapa nama yang sedang dalam pertimbangan. Mereka termasuklah Timbalan Ketua Perhubungan Pulau Pinang Cheah Kah Peng, yang juga seorang peguam, bekas calon dalam pilihanray umum yang lalu Ko Choo Liang, pemimpin-pemimpin keADILan Pulau Pinang iaitu Ong Eu Leong, Law Choo Kiang dan Gooi Hock Seng.

Malah, ada juga laporan yang menyebut bahawa Naib Presiden Tian Chua dan bekas Setiausaha Agung Anuar Tahir turut dipertimbangkan sebagai calon BA.

DUN Indera Kayangan adalah salah satu DUN terkecil di Malaysia iaitu seluas hampir 20 km persegi sahaja. Ia mempunyai pengundi majoriti Tionghua, diikuti oleh pengundi Melayu dan lain-lain.

Calon BA dijangka akan diumumkan akhir minggu ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com