UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




UMNO Perlis sedang bergolak: YB Azmin

KUALA Lumpur: UMNO Perlis kini sedang mengalami krisis perpecahan kerana perebutan kuasa pemimpin-pemimpin negeri itu, demikian dinyatakan oleh Naib Presiden keADILan YB Azmin Ali baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar mengenai pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan baru-baru ini. Beliau mengulas mengenai perlantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sebagai pengarah pilihanraya UMNO bagi pilihanraya kecil itu, bukannya Tan Sri Shahidan Kassim seperti lazimnya.

Mengikut amalan di dalam UMNO, kempen pilihanraya selalunya diketuai oleh Ketua Perhubungan Negeri, dalam kes ini Tan Sri Shahidan Kassim.

"Shahidan adalah Ketua Perhubungan Negeri, bukannya Tan Sri Muhammad. Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena," kata YB Azmin baru-baru ini.

Beliau juga mengakui bahawa perpecahan di dalam MCA dan UMNO akan memberi peluang kepada keADILan meraih lebih undi.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, sokongan pengundi Melayu jelas berpihak kepada keADILan, walau bagaimanapun sebahagian besar pengundi Tionghua mengundi calon MCA. BN menang dengan majoriti hampir 1,700 dalam pilihanraya umum yang lalu.

UMNO Perlis diketahui umum sedang bergolak kerana perbalahan di antara Tan Sri Shahidan Kassim dan Datuk Azmi Khalid.

MCA pula kini sedang menghadapi krisis perpecahan yang paling hebat di antara Team A dan Team B, seakan-akan krisis perpecahan UMNO dalam tahun 1987.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com