Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kerajaan menarik balik 'Buku mengenai Malaysia sebuah negara Islam'

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Mohd Khalid Yunus hari ini memberitahu bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk menarik balik buku kecil yang menceritakan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Buku itu diterbitkan oleh kementerian berkenaan.

Bertajuk "Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam", Khalid memberi alasan, penarikan semula itu terpaksa dibuat kerana ia mungkin akan membawa kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wakil DAP dari Kota Melaka, Kerk Kim Hock pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum itu DAP telah mendesak supaya kerajaan dengan segera mengharamkan buku tersebut kerana ia mengklasifikasikan bukan Islam sebagai Zimmi iaitu rakyat yang tidak beragama Islam yang bermastautin dalam sebuah negara Islam.

Buku kontroversi itu dikarang oleh Wan Zahidi Wan Teh dan diterbitkan oleh Kementerian Penerangan.

Buku itu juga meletakkan logo Kerajaan Malaysia di atas kulit muka depan dan gambar sebuah pesawat sedang hendak berlepas di bawahnya.

Ia juga menjelaskan bahawa dasar pemerintahan kerajaan menepati konsep sebuah negara Islam dan di dalam sebuah negara Islam, rakyat wajar memberikan taat setia mereka asalkan pemerintah tidak mengarahkan mereka melakukan kejahatan.

Khalid menambah, penerbitan buku itu dibuat beberapa minggu sebelum insiden tragedi 11 September di New York dan ia diterbitkan tanpa melalui mesyuarat mingguan kabinet.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com