UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Berita status Osama yang berbeza-beza

Saksi : saya hadir di pengkebumian Bin Ladin
"شاهد عيان: مشيت في جنازة "بن لادن

Kabul - IslamOnline.Net - 25-12-2001

Berita mengenai nasib Usamah bin Ladin ketua organisasi Al-Qaedah didapati tidak consistent (berbeza-beza), sumber Afghan mengatakan beliau masih hidup, sumber pemimpin Taliban mengatakan beliau adalah salah seorang yg telah meninggal dunia, dan beliau sendiri menghadiri pengkebumiannya.

Berkata Shahawaz Tanai, bekas Menteri Pertahanan Afghan dibawah komunis Soviet dahulu kepada IslamOnline pada hari Selasa 25/12/2001: "Usamah bin Ladin masih lagi hidup, dan beliau berada di tenggara Afghanistan, dimana pihak kerajaan baru pimpinan Kazrai belum lagi tiba dikawasan tersebut."

Hadrat Ali, pemimpin ketiga Majlis Syural di Timur Afghanistan - jaguh kepada Amerika - mengumumkan Jumaat lalu 21-12-2001 bahawa Bin Ladin masih berada di Tora Bora, tetapi enggan menceritakan maklumat tersebut secara lanjut.

Penyakit paru-paru membunuh beliau

Media Pakistan pula menyatakan bahawa Usamah bin Ladin telah menemui tuhannya setelah diserangi penyakit paru-paru ( المرض الرئوي) pada pertengahan bulan Disember di Tora Bora, timur Afghanistan.

Menurut seorang bekas pemimpin Taliban yg tidak mahu namanya disebut, berkata kepada The Observer versi Pakistan dan The Indian Times selasa 25/12/2001 - kematian Bin Ladin adalah kematian biasa diatas katil(طبيعيا على فراش ) di Tora Bora, Afghanistan, dan bukan akibat pengeboman Amerika.

Menurut sumber yg tidak mahu namanya disebut, "Pasukan Pakatan antarabangsa didalam kegilaan mencari Bin Ladin (عملية بحث مجنون عن بن لادن، ), tetapi sasaran untuk mendapatkan Bin Ladin hidup atau mati tidak mungkin menjadi kenyataan".

Sumber itu menceritakan "Al-Marhum" Bin Ladin mati setelah tidak mendapat rawatan kesihatan yg bersesuaian dgn penyakitnya, ia dikebumikan didalam kubur tanpa dinaikkan kuburnya, dan bekas pemimpin Taliban itu tidak menyatakan dimana kuburnya.

Walaubagaimana pun kehadirannya mengesahkan pengkebumian itu. Bekas pemimpin Taliban itu menjelaskan bahawa terdapat beberapa orang yg rapat dengan Bin Ladin dan lebih kurang 30 orang dari keluarganya menghadiri upacara pengkebumian tersebut.

Presiden Pakitan, Musharaf, didalam pengumumannya kepada Agensi Berita yg disiarkan pagi Ahad 23-12-2001 bahawa kemungkinan besar ketua organisasi Al-Qaedah, Bin Ladin, telah terbunuh akibat pengeboman di Tora Bora, timur Afghanistan.

sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2001-12/25/Article80.shtml

...................................
Webmaster : Ini semua propanganda Yahudi dan barat !!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com