Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Cerita Arnab dan Kura-kura versi terkini

Assalamualaikum.

Bukan tujuan nak jolok sarang tebuan, tapi ini ada satu cerita buat tatapan kita semua.

Pada zaman dahulu kala, ada seekor arnab dan seekor kura-kura yang tinggal di sebuah hutan. Satu hari, sang arnab yang bongkak dengan kebesaran yang diberikan Allah kepadanya mengajak kura-kura berlumba lari. Tapi ditakdirkan Allah, kura-kura tersebut telah memenangi pertandingan tersebut. Keputusan itu tidak mungkin dapat diterima akal oleh orang sebelumnya, sebab bertentangan dengan fitrah arnab yang boleh lari laju, sedangkan kura-kura tu merangkak setapak demi setapak sahaja.

Tapi begitulah kekuasaan Allah, yang mengatasi pengetahuan akal manusia yang sememangnya cetek ni. Walaupun batu tu kita tahu akan tenggelam dalam air, tapi kalau ditakdirkan Allah timbul, maka nescaya timbullah ia. Tak kiralah Isaac Newton dengan teori fiziknya nak kata apa sekalipun! Begitulah semua makhluk ini, tidak ada satupun dapat melawan kehendak Allah.

Nak dijadikan cerita, selepas perlumbaan itu sang arnab yang angkuh itupun lari jauh ke dalam hutan dan menangislah dia mengenangkan perihal dirinya yang dah dimalukan oleh Allah tu. Berbulan-bulan lamanya dia menyorok, hingga satu hari diapun insaf. Kemudian diapun berazam untuk memakmurkan penduduk hutan tu dengan apa saja pemberian yang telah Allah anugerahkan kepadanya. Dengan ketentuan Allah, maka makmurlah bahagian hutan yang ditadbirkan arnab tu.

Yang si kura-kura ni pulak, masa dulu dia memang humble binatangnya. Tetapi setelah dia menang pertandingan tu, timbullah perasaan angkuh dan sombong pulak. Dia terasa bahawa yang menyebabkan dia menang lumba lari tu ialah disebabkan kekuatan akalnya sendiri serta usahanya semata-mata. Dia lupa nak bersyukur pada Allah. Apatah lagi bila kena kipas dengan sang musang dan burung gagak yang asyik masyuk memuji-muji kehebatannya. Sedangkan dia tak sedar, bahawa pujian-pujian makhluk pada makhluk yang lainnya tentulah ada motif-motif tertentu. Seperti nakkan projek buat jalanraya bertol, misalnya.

Nak dipendekkan cerita, satu hari burung gagak datang membawa khabar, bahawa bahagian hutan yang ditadbir arnab tu semakin makmur dan masyarakat hutan di sanapun sangat suka padanya. Wah! Si kura-kura ni tadi naik beranglah dia. Mana boleh arnab yang pernah dikalahkannya dulu tu melebihi dia! Jadi kura-kura ni pun suruh si gagak tu hantar mesej pada arnab, ajak dia berlumba lari sekali lagi.

Pergilah gagak ni terbang ke lubang arnab membawa berita dari tuannya itu. Arnab tu tanya, apa hadiahnya pertandingan ni? Gagak tu jawab, siapa-siapa yang menang, dia akan mendapat hak untuk mentadbir kawasan hutan dia mengikut cara yang dia suka. Pihak yang kalah tak boleh nak masuk campur.

Mendengarkan ini, arnab tu ingat okaylah tu, sebab maknanya kalau dia menang tentulah dia tak akan diganggu lagi oleh kura-kura tu. Sebab kura-kura dah janji, tak nak masuk campur dan akan terima keputusan pertandingan. Jadi arnab pun setujulah.

Tapi nanti dulu, kata gagak pulak. Ada apa lagi? tanya arnab. Gagak tu pun keluarkan sekeping kertas, yang padanya tak ada bertulis apa-apa. Kalau kamu setuju nak berlumba dengan kura-kura, maka kamu mestilah ikut syarat-syarat dia, sebab dia pemerintah hutan kita ni. Jadi kamu mesti sign kertas ni, dan kamu mesti mengaku akan terima segala syarat-syarat yang dikemukakan.

Arnab tu tadi mestilah pelik, sebab kertas tu kosong saja. Jadi diapun masuk balik dalam lubang berbincang dengan penasihat-penasihatnya. Kata penasihat, sign ajelah. Dulu kura-kura tu menang sebab arnab ni terlalu angkuh hinggakan dia lalai, sedangkan kura-kura tu masa tu tujuannya murni. Tapi sekarang dah terbalik, jadi tentulah Allah bersama dengan orang yang beringat-ingat. Bila dengar macam tu maka arnab pun signlah kertas kosong tu.

Pada hari pertandingan tersebut, keluarlah seluruh penduduk hutan berduyun-duyun nak support calon masing-masing. Dikatakan orang, hampir 70 peratus penduduk hutan keluar pada hari tu, yang tak pernah sampai sebegitu sebelum ini. Hingga ada yang tak dapat nak keluar sebab ramai sangat orang.

Nak bagi pendekkan cerita lagi, maka berlumbalah arnab dengan kura-kura. Dan dengan fitrah azalinya, maka arnab itupun menang.

Bukan main suka penyokong-penyokong arnab tu. Merekapun baliklah ke bahagian hutan yang mereka diami. Tapi kegembiraan mereka tu tak lama, sebab sejurus selepas tu datang balik gagak tu dengan berita dahsyat.

Kata gagak, arnab mesti menyerahkan satu daripada kaki belakangnya sebagai syarat pertandingan tempohari. Terkejut beruklah arnab, sebab dia tak sangka pulak kura-kura nak kerat kaki dia. Dulu kata pertandingan tu akan dijalankan secara fair and square, dan barangsiapa menang maka yang kalah akan menghormati keputusan pengadil. Itulah demokrasi namanya.

Tapi gagak tu tunjuk sebagai bukti kertas yang ada tandatangan si arnab tu. Masa hari tu kertas tu kata lain, iaitu tak ada apa-apa tulisan pun, tapi hari ni dah kata lain, iaitu menetapkan syarat bahawa arnab mesti bagi sebelah kaki dia pada kura-kura. Nak tak nak, arnab tak boleh kata apa bila sang musang tu cekup si arnab dan kaki belakangnya pun dipotong oleh gagak.

Lepas tu musang dan gagak berkata, nah, sekarang engkau tadbirlah negeri engkau ni. Kami takkan kacau. Tapi kaki engkau yang sebelah ni, kami punya. Dulu kami biar engkau pakai sebab kesian. Nanti kami akan ganti kaki engkau ni dengan tongkat, yang kami panggil tongkat ehsan.

Jadi tinggallah arnab tu di negeri dia, dengan kaki yang telah kudung. Oleh sebab keadaannya yang daif itu, maka tak dapatlah dia hendak menguruskan negeri itu dengan baik, hingga semakin mundurlah keadaannya. Rumput-rumput yang dulunya hijau tu pun, menjadi semakin kuning dan kering.

Oleh si kura-kura ni pula, dia dengar cerita negeri arnab tu dah tidak berapa makmur selepas kakinya jadi kudung tu. Kemudian berkatalah kura-kura tu pada rakyatnya, kalau nak negeri makmur maka sokonglah dia. Sebab hanya dia yang boleh bagi kemakmuran pada masyarakat hutan tu. Tengok di negeri anu tu, kata dia, rumput pun tak de nak makan.

Sedangkan dia lupa agaknya, yang rumput tu kuning disebabkan dia yang pergi potong kaki arnab tu. Tapi itupun dia berasa diri dia tu dah tersangat adil.

Demikianlah, cara tok ayah kita mengajar kita melalui cerita-cerita tahyul macam ni. Wallahualam.

Oleh : Amri Rohayat






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com