UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




HENDAK HIDUPKAN SEMULA SEKOLAH WAWASAN?

Itu Setiausaha Agung NUTP (Kesatuan Guru-guru), namanya Datuk Sivasubramniam, telah menimbulkan kontroversi mengenai sekolah-sekolah yang memisahkan murid- murid dalam kelas berlainan mengikut kaum. Cili Api tidak tahu apa muslihatnya. Dia kata dia tidak ada agenda tersembunyi. Tak tahulah, mungkin ada mungkin tidak.

Cili Api dengar pemisahan ini sudah wujud lebih daripada 15 tahun. Mengikut seorang guru yang sudah mengajar hampir 20 tahun, perkara ini biasanya berlaku kerana mata pelajaran yang diambil oleh murid-murid. Misalnya, kata beliau, di sekolah beliau pernah mengajar, kebanyakan bahkan kadang-kadang hampir semua pelajar yang mengambil Sains atau Matematik Tambahan terdiri dari murid-murid Tionghua, yang dengan sendiri terpisah dalam kelas yang sama.

Sebaliknya pula, kebanyakan atau hampir semua pelajar yang mengambil Bahasa Melayu dan Agama, terdiri daripada murid-murid Melayu, dan dipisahkan ke kelas yang lain. Begitu juga dengan pelajar-pelajar India, terutama yang datang daripada ladang-ladang dan kurang baik asas pendidikan mereka, diasingkan juga. Jadi, mengikutnya, murid-murid itu dipisahkan untuk kemudahan mengajar mengikut mata pelajaran, prestasi dan juga latar belakang mereka.

Cili Api sanggup menerima keterangan ini sebagai salah satu punca mengapa pemisahan mengikut kaum berlaku. Jikalau ini saja puncanya, tidak membimbangkan sangat. Akan tetapi, yang sangat membimbangkan ialah jikalau ada sekolah atau guru besar yang sengaja hendak memisahkan murid-murid mengikut kaum. Sekiranya banyak sekolah yang terlibat, adakah mungkin mereka mendapat restu daripada Kementerian? Atau, adakah ini sudah menjadi satu dasar?

Jikalau ia sudah menjadi dasar, maka perlu kita tentang kerana ia boleh menimbulkan perpecahan bukan perpaduan bangsa. Jikalau ada guru-guru besar yang memandai-mandai saja, maka perlu dilakukan siasatan rapi dan tindakan yang tegas diambil oleh pihak pemerintah. Cili Api tidak bersetuju dengan PM Dr M @ Cek Det bahawa tidak perlu pemerintah mengadakan tribunal siasatan. Cek Det ini memang selalu hendak menyembunyikan keburukan yang dia tahu mungkin berpunca daripada pemerintah.

Sebenarnya, ada perkara lain yang membimbangkan Cili Api. Ada beberapa orang, termasuk Sivasubramaniam sendiri, yang sudah mula menarik perhatian kepada wujudnya sekolah-sekolah yang terpisah mengikut kaum, kerana taraf sekolah jenis kebangsaan atau bahasa pengantar yang mereka guna. Oleh kerana itu mereka bercakap tentang perlunya sekolah-sekolah ini disekat.

Bahkan, yang aneh sekali, Sivasubramaniam menganggap bahawa bilangan kira-kira 60,000 murid Melayu yang belajar di sekolah jenis kebangsaan itu sebagai ancaman pula kepada sistem sekolah kebangsaan. Pada hal, Cili Api rasa, ini patut digalakkan.

Pada firasat Cili Api, kontroversi yang diungkit oleh Setiausaha Agung NUTP ini ialah untuk membantu pihak pemerintah menimbulkan semula isu Sekolah Wawasan. Isu ini telah dikaitkan oleh beberapa orang “tokoh pendidikan” dengan soal pemisahan kelas dan sekolah mengikut kaum. Adakah ini agenda tersembunyi Sivasubramaniam dengan Kementerian Pendidikan?

Cili Api






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com