Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenaikan Kadar Tol : Kenyataan Bangang Ayo Yo Sami @ SAMY VELLU !!!!!

Dah lama benar CUCU tak menulis , sebenarnya cucu tak berapa sihat tapi sekarang Alhamdulilah. Kepada pembaca yang pernah membaca tulisan cucu dulu apa kabar semuanya ? Semoga sihat-sihat walafiat hendaknya.

Kali ini Cucu terpanggil untul memperkatakan kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu @ Samy TOL , yang mengatakan kadar tol di negara ini masih merupakan antara yang terendah di dunia walaupun selepas kadar di Lebuh Raya Utara-Selatan dinaikkan mulai Januari depan. Inilah dia satu kenyataan biadap, BANGANG @ BAHLOL dan cukup mengecewakan dari seorang Sami TOL.  Mana hilangnya motoo Piliharaya mereka iaitu TRADISI MEMBELA RAKYAT ? . Membebankan rakyat adalah ..

Samy Tol juga ada berkata, para pengkritik kenaikan tol itu perlu merujuk kepada kadar tol yang dikenakan di negara-negara lain sebelum membuat pelbagai andaian. "Mana ada negara lain yang mengadakan tol yang paling kurang seperti ini. Rujuklah kepada negara-negara lain ... berapakah yang dikenakan di Jepun, Perancis, Indonesia?," katanya selepas memberi sumbangan Hari Raya kepada ketua-ketua kampung dan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dan cawangan Sungai Siput baru-baru ini. Apa yang amat cucu hairankan ialah mana perginya Hero Pemuda UMNO, dan Heroin Puteri UMNO yang lantang sangat bercakap selama ini. Mana perginya Hishamuddin Nyah dan Azalina Tomboy tuu. Kenapa kalian tak nak bersuara !!! Belalah sikit Rakyat Jelata nii.. Jangan asyik ikut telunjuk BOSS jerr !!!!!Bukankan para pengkritik kenaikan Tol ini adalah rakyat jelata yang terpaksa menanggung semua kos tersebut. Sepatutnya inilah masanya kalian berjuang membantu rakyat jelata yang semakin tertindas dan menderita ini. Kesian cucu tengok anak-anak cucu dan atok-atok cucu yang akan menangung bebanan ini.

Cucu Hairan , Apakah patut seorang Menteri seperti Samy Tol ini, membandingkan kadar tol yang dikenakan di negara ini dengan negara seperti Perancis, Jepun dan lain-lain lagi. Tak der OTAK Ker !!! Senanglah kalau macam tu, naikkan harga minyak, harga Tol, harga makanan, harga barang-barang lain kemudian bandingkan dengan negara yang lagi mahal harga tersebut.  Apsal tak bandingkan ajer ngan negara Maju macam Britai ker , USA ker ..Senanglah kalau jadi kerajaan macam tuu. Kenapa Samy tak ajak MAHAFIRAUN bandingkan kadar TOL negara ini dengan dengan negara jiran kita iaitu THAILAND !! Baru-baru ini Cucu telah melancong ke Selatan Thai.. sepanjang perjalanan dari Sg. Golok ker Hatyai Cucu dapati lebuhrayanya cukup cantik dan selesa sekali. Lampu jalan kelihatan menerangi  sepanjang jalan lebuh raya tersebut..bukan macam Lebuhraya Utara Selatan ada lampu kat Susur Keluar jer . Apa yang amat membanggakan ialah kerajaan Thailand tidak mengenakan sebarang bayaranpun untuk pengguna yang melalui lebuhraya tersebut, termasuklah Cucu rakyat negara asing . Cucu difahamkan, sepanjang perjalanan daripada Hatyaai ke ibu negara Thailand , iaitu Bangkok pun tidak dikenakan sebaran bayaran Tol. Bukan macam negara kita MALAYSIA yang tak abis-abis nak kutip TOL..

Di sini menunjukkan bahawa KERAJAAN THAILAND benar-benar menggunakan slogan TRADISI MEMBELA RAKYAT. Apa yang dapat dilihat di sini ialah langkah menaikkan kadar bayaran baik Tol, minyak petrol dan sebagainya adalah satu langkah terdesak kerajaan MAHAFIRAUN untuk menyelamatkan kroni-kroni beliau. Dasar pengswastaan yang beliau laung-laungkan selama ini sebenarnya telah menjerat dirinya sendiri. Cucu merasakan rakyat pasti akan membuka mata terutamanya kakitangan kerajaan khasnya. Walaupun kerajaan memberikan kenaikan gaji 10% untuk tahun 2002 , tetapi dalam masa yang sama kerajaan menarik balik wang tersebut apatah lagi dengan kenaikkan minyak dan tol ini. Apa yang tinggal ialah "Wal Hasil Balik Asal ". Bila perkara ini diajukan oleh Pembangkang di Parlimen mereka mengatakan yang rakyat Malaysia tidak mahu berterima kasihlah , manja lah , tak bersyukurlah dan sebagainya.

Kerajaan langsung tidak terfikir dengan kenaikan minyak dan tol tersebut rakyat jelata akan menanggungnya. BUKTINYA ialah minyak dan tol digunakan oleh kebanyakkan kenderaan industri yang memasarkan barangan tersebut ke seluruh negara. Hasil-hasil pertanian juga diangkut dari ladang dengan menggunakan kenderaan dan memerlukan minyak . Maka apabila minyak dan tol naik, sudah pastilah para pengeluar produk ini akan menaikkan harga barangan mereka. Justeru itu yang akan menanggung beban ini ialah rakyat jelata.

Sami Tol apa tahu ? Beliau bukannya pernah bayar TOL !!! . Maka dengan ini marilah kita sama-sama rakyat Malaysia menolak kepimpinan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang. Kalau tidak selama itulah kita rakyat akan diwar-warkan dengan negara MAJU tetapi harga minyak , Tol dan lain-lain barangan tidak pernah turun..sentiasa naik dan terus naik. Yang akan kaya raya ialah MAHAFIRAUN, SAMY TOL dan KRONI_KRONI mereka.. Takbbiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrr ALLAHHUAKBAR

Cucu Mat Kilau : Nak ambik kesempatan mengucapkan selamat Berpuasa dan Hari Raya   kepada Muslimin dan Muslimat semua. Ada masa datanglar umah cucu Kat Kg. Pulau Tawar , Jerantut Pahang ( Kg. Pahlawan Mat Kilau)

CUCU MAT KILAU , Kuantan

 






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com