Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Muhyiddin Yassin : Bagi Amaran Pada KERAJAAN bukan PENIAGA !!!

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan peniaga akan risiko yang bakal mereka hadapi jika menaikkan harga barang sewenang-wenangnya dalam situasi ekonomi tidak menentu ketika ini adalah satu amaran yang melucukan dan tidak sepatutnya berlaku. Walaupun beliau menegaskan bahawa kenaikan ini akan membebankan pengguna dan dalam situasi eknonomi yang LEMBAB ketika ini. Katanya lagi Dalam situasi ekonomi belum lagi mantap, kita menghadapi masalah global kesan serangan 11 September. Daripada segi peruncit, perniagaan mereka merosot sekitar 12 hingga 20 peratus kerana orang berbelanja dengan lebih berhati-hati. Beliau turut mengulas mengenai kemungkinan harga barang keperluan akan dinaikkan oleh peniaga ekoran kenaikan kos pengangkutan selepas kerajaan mengumumkan kadar tol baru Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad (PLUS).

Muhyiddin juga ada berkata, pihaknya tidak dapat memberi jaminan bahawa kenaikan harga barang tidak akan berlaku ekoran kenaikan kadar tol. Daripada kenyataan-kenyataan ini jelaslah bahawa Kerajaan MAHAFIRAUN tidak langsung peka akan masalah peniaga dan rakyat amnya dalam membincangkan kenaikan Tol oleh Kementerian Kerja Raya baru-baru ini.

Sepatutnya sebagai seorang Menteri Kabinet, Tan Sri Muhyiddin perlu memberi amaran kepada kerajaan Mahafiraun supaya memikirkan nasib rakyat sebelum menaikkan kadar tol. Dalam situasi eknonomi yang LEMBAB dan belum lagi mantap, sekarang ini, sepatutnya kerajaan perlu memikirkan nasib rakyat sebelum sebarang kenaikan kos yang melibatkan rakyat amnya.

Justeru itu, usahlah Muhyiddin mendabik dada dan berlagak untuk memberi amaran kepada para peniaga dan pengusaha penganggkutan awam khasnya untuk tidak menaikkan kos operasi mereka setelah kerajaan MAHAFIRAUN dengan sewenang-wenangnya menaikkan kadar Tol dan Minyak Petrol baru-baru ini. Sama-samalah kita fikirkannya !!!!!!!!!

P/S : Lepas ni apalak Pulak yang akan dinaikkan oleh MAHAFIRAUN agaknya !!!

CUCU MAT KILAU, Kuantan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com