Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sensasi Aidil Fitri dari Masjid Negara ..Iman LUPA Takbir & Tasbih

Tersebutlah kisah satu berita sensasi yang terjadi di pagi Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Mungkin para pembaca tidak mengetahui akan hal ini kerana telah awal-awal lagi pergi ke masjid untuk menunaikan solat Hari Raya. Bagi Cucu, pagi itu cucu agak lewat ke Masjid kerana sedang sibuk menguruskan isteri Cucu yang telah melahirkan cahayamata Cucu yang ketiga sempena Aidil Fitri ini. Maka Cucu pun tertengoklah Siaran Langsung Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri dari Masjid Negara yang telah disiarkan secara langsung menerusi TV1 " Saluran Perdana Menteri".

Kejadian yang berlaku pada pagi tersebut ialah berkenaan dengan Imam Solat Sunat Hari Raya pada hari tersebut iaitu Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Hashim Yahya yang tidak membaca tasbih dan takbir setelah bacaan fatihah sebelum ayat lazim. Memang sudah menjadi amalan umat Islam di negara ini setaip kali sebelum Solat Sunat Hari Raya , Imam akan bangun dan memperingatkan para makmum kaedah Solat Sunat Hari Raya. Maklumlah setahun hanya 2 kali kita Solat Sunat Hari Raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Justeru itu apa yang telah Cucu saksikan ialah Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Pirdaus telah bangun dan menerangkan kepada makmun satu persatu kaedah Solat Sunat Hari Raya. Apa yang penting dinyatakan ialah Niat, kemudian bacaan Tasbih dan Takbir sebanyak 7 kali pada rakat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua dan diikuti dengan mendengar Khutbah Hari Raya. Maka setelah menerangkan perkara tersebut lalu Solat Sunat Aidil Fitri pun dimulakan.

Apa yang dapat Cucu saksikan di kaca TV pagi itu , bukanlah Imam Besar Masjid Negara iaitu Ustaz Pirdaus yang mengimami Solat tersebut sebaliknya telah diambil alih oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang sudah tidak asing lagi iaitu Dato' Hashim Yahya. Al-Kisah, Dato' Hashim pun mengimamkan Solat tersebut yang dihadiri oleh ribuan makmum. Antara orang kenamaan yang turut bersolat di Masjid Negara ketika itu ialah Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Menteri Kabinet.

Sebagai seorang Ulamak , Cucu amat terkejut melihat Dato' Hashim terketar-ketar membaca surah Al-Fatihah , mungkin kerana Agong dan PM ada dibelakang agaknya ? Selepas Fatihah, Imam terus sahaja membaca surah Lazim tanpa mengangkat takbir dan tasbih sebanyak 7 kali seperti amalan dan penerangan yang diberikan oleh Ustaz Pirdaus sebelum itu. Begitu juga dengan rakaat kedua . Ini menyebabkan Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri pagi itu tamat lebih awal (E). Selepas tamat Imam pun berdoa dan terus membaca khutbah Hari Raya.

Khutbah pagi itu pula lebih banyak memperli PAS serta JIHAD Mujahiddin di Afghanistan yang salah disegi Islam. Bagi Imam , JIHAD sebenarnya ialah jihad membangunkan negara dan memajukan ekonomi negara. Itulah dia yang diwar-warkan sambil mengambil contoh negara Islam Malaysia ini.

Apa yang menjadi kemusykilan Cucu di sini ialah apakah Ulamak Kerajaan seperti Dato' Hashim Yahya sengaja atau buat-buat lupa ? Harap dapat penjelasan daripada Tuan-Tuan Guru, apakah hukumnya Solat Sunat Hari Raya yang dilakukan tanpa Tasbih dan takbir tersebut. Itulah dia adengan yang telah Cucu saksikan secara langsung di pagi Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.

p/s : Cucu mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca budiman terutamanya buat Isteri Cucu Tersayang yang baru sahaja melahirkan Putera Cucu yang ketiga di Aidil Fitri iaitu LINDA KARIM serta keluarga di Rambah , Pontian Johor.

CUCU MAT KILAU, Kuantan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com