Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Rumah Terbuka MB Pahang : Indah Khabar Dari Rupa !!!!!

Pada pagi Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, Cucu bawak larr kaum kerabat Cucu untuk berhari raya bersama Menteri Besar Pahang. Rumah Terbuka yang telah diadakan di Dewan Konvensyen , Jalan Teluk Sisek itu telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Namun apa yang jelas Cucu lihat ialah tetamu yang paling ramai datang ialah kaum Cina dan India. Mana perginyer orang-orang Melayu dan UMNOCINO khasnya ?

Dipintu masuk ke Dewan , Cucu telah disambut dengan mesra oleh penyambut tetamu yang terdiri daripada S/U Sulit MB. Setelah masuk ke kawasan Dewan Cucu pun meluru untuk masuk ke dalam Dewan Konvensyen. Namun, apa yang mengecewakan ialah Cucu dan anak-anak buah Cucu telah ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan yang berhawa dingin itu. Alasan yang diberikan oleh Dalam Dewan Berhawa Dingin itu hanyalah dikhaskan untuk tetamu-tetamu kehormat sahaja. Masya Allah !!! Cucu terkejut BERUK.. beruk pun kalau terkejut tak macam Cucu. Ada ker patut MB dan Kerajaan Pahang buat Rumah Terbuka tetapi ..membeza-bezakan pulak yang dalam dewan berhawa dingin untuk VIP manakala yang panas bawah khemah untuk rakyat jelata. Inilah dia kerja pemimpin UMNO !!! HAMPEH sungguh.

Oleh kerana perut Cucu dah berkelana , maka Cucu pun mengalah dan duduklah di bawah Khemah yang berbahang tuu. Setelah menjamu selera alar kadar maka Cucu dan kaum kerabat Cucu pun mula lar untuk meninggalkan majlis tersebut. Cucu pun mengintai-ngintailah mencari MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Namun harapan Cucu untuk bertemu dengan MB Pahang HAMPA . Setelah menunggu hampir setengah jam, batang hidung MB pun tak nampak..

Anak-anak buah Cucu pun asyik bertanya ..Mananyer Menteri Besar Pahang tu.. Nak Salam ngan mintak Angpau larr.. Tak kan Rumah Terbuka MB tak dapat Angpau kot ?? Sedih plak Cucu dengan rungutan anak-anak buat Cucu tu..tapi apa boleh buat.. Sampai sudah !!! Cucu tak nampak pun kelibat MB Pahang tuu. Lalu Cucu pun dengan hati yang sedih.. meninggalkanlah Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang yang dikasihi Dato' Seri Adnan Yaakob dengan seribu kenangan ...Yang mungkin 2004 nanti akan mendapat jawapannyer !!!!!!! Takbirrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!

Inilah dia Pemimpin UMNO yang diharap-harapkan, sepatutnya bila buar Rumah Terbuka masa ni lar rakyat jelata dapat menatap dan bersalam-salaman dengan pemimpin mereka .Ini tidak yang dilayan hanyalah beberapa kerat tetamu-tetamu kehormat di dalam dewan yang berhawa dingin ..Sedangkan rakyat jelata yang lain dilupakan...

p/s : Buat Pemimpin Pembangkang..kalau buat Rumah Terbuka tuu..layanlah tetamu tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka..semoga dengan ini akan menambat hati rakyat dan penyokong setia kita !!!....

CUCU MAT KILAU, Kuantan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com