Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Terima Kasih di atas teguran anda "Peminat Setia"

Assalammualaikum WBT...Cucu doakan semoga semua warga Tranungkite sihat walafiat hendaknyer...Cucu ucapkan ribuan terima kasih kepada "PEMINAT SETIA" di atas teguran yang telah beliau berikan kepada tulisan Cucu pada 19/12 yang lalu di atas tajuk " Sensasi Aidil Fitri dari Masjid Negara ..Iman LUPA Takbir & Tasbih .

Bagi pihak diri Cucu serta keluarga di sini Cucu ingin memohon maaf kepada semua warga tarnungkite diatas artikel tersebut tempohari. Sebenarnya artikel itu masih lagi Cucu KIV untuk mendapat kepastian daripada pihak-pihak tertentu , namun begitu Cucu tersilap SEND kepada WEB MASTER kerana ia dihantar pada hari yang sama dengan artikel Cucu yang bertajuk "- Rumah Terbuka MB Pahang : Indah Khabar Dari Rupa !!!!! " . Dengan penjelasan ini Cucu amatlah berharap tidak timbul lagi kekeliruan . Maklumlah, Cucu juga manusia biasa yang tidak lepas lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu bersempena dengan haribaik bulan baik dan mulia ini Cucu sekali lagi memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua warga Tranungkite diatas kesilapan penulisan Cucu itu.

Walaubagaimana pun bagi Cucu, kesilapan itu memang sepatutnyer berlaku untuk mengajar balaci-balaci MAHAFIRAUN supaya terjaga dari mimpi.. Biar berita sensasi ini dihebah-hebahkan supaya menjadi pengajaran kepada kroni MAHAFIRAUN agar lebih berhati-hati lagi pada masa hadapan. Janganlah sewenang-wenangnya menuduh parti Pembangkang menggunakan institusi masjid untuk menyampaikan dakyah mereka , sebaliknya kerajaan UMNO lah yang bertindak sedemikian. Apa yang jelas institusi masjid dijadikan alat propaganda kerajaan untuk meracuni fikiran rakyat agar mempercayai bahawa negara ini adalah negara Islam .

Salam Hormat dari Cucu . Sekian Harap Maklum .. Takbirrrrrrrrrrrrrr !!!!!!!!!!

P/S : Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat "Peminat Setia" ...Terima Kasih di atasteguran anda..Cucu terima teguran itu dengan hati terbuka dan ikhlas..Bukan macam MAHAFIRAUN tuu yang langsung tak boleh ditegur ....Semua Betull !!!!!!!!

CUCU MAT KILAU , Kuantan

..............................

Ini adalah email personal Cucu Mat Kilau kepada saya, dan saya rasa adalah lebih baik saya siarkan untuk umum

Pohon dikeluarkan ( didelete ) artikel dari ruangan ini.
Date: Fri, 21 Dec 2001 01:06:10 +0800

Assalamualaiikum WBT.. Buat tatapan Web Master ,

Saya meomohon agar artikel saya yang bertajuk " - Sensasi Aidil Fitri dari Masjid Negara ..Iman LUPA Takbir & Tasbih yang telah disiarkan diruangan ini pada 19/12/2001 yang lalu. Ini kerana terdapat sedikit kesilapan yang tidak sepatutnya telah berlaku terhadap artikel tersebut. Ini berikutan dengan teguran yang dibuat oleh saudara Peminat Setia - Teguran pada cucu mat kilau terhadap saya pada 20/12/2001.

Insya Allah saya akan terus menulis ke ruangan ini dimasa-masa yang akan datang . Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian Terima Kasih,

CUCU MAT KILAU, Kuantan

Memang manusia tidak terluput daripada membuat kesilapan, tanggapan awal yang salah, kefahaman yang kurang jelas. Tapi sebaik-baik manusia yang silap ialah memohom maaf.

Kami di Tranung Kite pun kadang kala, kurng teliti tersiar artikal-artikal daripada kumpulan penyamar...

Teruskan... semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah...

WebMaster




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com