Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kuantan jadi sarang maksiat di Bulan Ramdhan ..Inilah dia ISLAM UMNO !!!

Assalammualaikum WBT..
 
Baru-baru ini selepas solat Tarawikh ,Cucu  bawaklar kaum kerabat Cucu makan angin sekitar Bandar Kuantan. Niat Cucu untuk udara segar di sebelah malam. Selepas bersantai seketika di Pantai Teluk Cempedak , Cucu makan nasi lemak seketika kat Hard Lock Simple Food dekat area Stadium Darul Makmur. Dalam pukul 11.30 malam Cucu pun bawak lar kaum kerabat Cucu meronda-ronda kat sekitar Bandar Kuantan yang indah kabar dari rupa ini.
 
Masya Allah !!!! Apa yang Cucu lihat cukup mengejutkan dan langsung tidak mencerminkan negara ini adalah sebuah negara Islam.. Apa yang Cucu nampak dibulan Ramadhan yang mulia ini sekumpulan anak-anak muda Melayu turun dari sebuah Disko dekat Pasaraya Bintang Lama, dengan terhuyung hayang sambil berpelukan antara satu sama lain. Memang sah dah tu minum arak tuuu !!! Dah lar tuuu Disko terbabit memasang muzik dengan kuat dan bergempa..kedengaran sampai ke bawah..Tidak langsung menghormati Bulan Ramadhan yang Mulia ini. Apa nak jadi begitu juga dengan Disko Lips  banyak lagi.. Aktiviti ini menjadi rutin anak muda melayu di Bulan Ramadhan iaitu semasa orang Islam sibuk mengerjakan ibadah.
 
Tiba di satu lorong ( org panggil Lorong Kunyit ) berhampiran Pasar Besar Kuantan, sekumpulan Mak Nyah sedang sibuk berniaga..menawarkan khidmat SEKS mereka tanpa segan silu. Ada ker patut dioffernyer Cucu...Geli geleman Cucu dibuatnyerrr..Biler Mak Nyah tu menarik Cucu dambil menawarkan khidmat Seks mereka.. Mujurlar Cucu kuat Iman ...Kalau tidak bahyer jugak malam tu.
 
Daripada fenomena Bandar Kuantan di waktu malam ini, jelaslah kepada kita yang KERAJAAN UMNO khasnya dan BN amnya gagal menangangi masalah keruntuhan akhlak para remaja Melayu ( Islam ) ini. Apa yang amat mengecewakan, ceramah serta tazkirah di surau dan masjid dihalang tetapi disko-disko yang menjual arak danmenawarkan khidmat seks dibiarkan beroperasi berlarutan hingga pagi. Cucu ada cukup bukti yang beberapa buah Disko di Kuantan yang beroperasi hingga lewat pagi, terkadang sampai jam 4.30 pagi .. Semua ini didalangi oleh BALACI-BALACI UMNO yang menerima rasuah dari Tokey Disko terbabit ...dan  memang sering melanggan GRO-GRO di situ. Inilah dia kerja orang-orang UMNO yang mengatakan negara ini negara Islam. Kalau pembaca datang ke Kuantan boleh lihat tempat tempat ini...terutamanya area Super Dangdut di Belakang Centre Point.
 
Cucu juga terperasan, yang kedai-kedai Loteri dan Nombor Ekor (ENE) penuh sesak walaupun di bulan Ramadhan yang mulia. Bukankah judi itu HARAM !!!!. Apakah cukup langkah Jabatan Agama Islam memaparkan kenyataan " Orang Islam Dilarang Berjudi..Judi Itu HARAM" di dalam kedai tersebut. Mereka yang beli nombor ekor bukannya Paham apa yang dimaksudkan. Sepatutnya lesen-lesen judi ekor dan loteri ini dihapuskan. Barulah umat Islam selamat. Mana ada orang Islam yang kaya-raya kerana kena EKOR dan LOTERI ini !!!!!. Yang kaya ialah Magnum dan Sport Toto..Yang Kaya ialah Tan Sri Khir Johari ...Sebab tu anak beranak begaduh nak kan harta bapak .sebab harta bapak dapat dari duit HARAM....duit judi !!!! Tak sedar lagi ker tuu...
 
Oleh itu di sini Cucu nak bertanya kepada Exco yang menjaga urusan agama di negeri Pahang ini iaitu YB UStart Munawar Abd Jalil ( ADUN Luit ,Maran ) . Apa kerja yang YB dah buat !!!!!!!! YB tak nampak ker semua maksiat depan mata yang semakin hari semakin berleluasa ini... YB sanggup bersekongkol demi menjaga periuk nasi YB.. Yang haran tetap haram YB !!!!! Sepatutnya YB mainkan peranan menghapuskan kegiatan MAKSIAT di negeri ini, terutamanya di bandar Kuantan dan negeri Pahang khasnya. Itu belum Cucu ceritakan apa yang Cucu nampak di Genting Highlands lagii.. Kalau cerita bab Genting nii ..semua orang tahu termasuk orang UMNO..Genting Highlands tuu KOTA SARANG MAKSIAT. !!!
 
Harapan Cucu dengan coretan Cucu ini dapatlah dijadikan iktibar oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam melaksanakan langkah bagi mengawal gejala maksiat ini dari terus berleluasa. Cukuplah dengan apa yang ada hari ini, kalau ini terus berlarutan maka generasi akan datang dan anak Cucu kita akan terus berada dalam kemaksiatan.. Kembalilah kepada jalan kebenaran iaitu ISLAM.. Jangan hanya melaungkan negara ini negara Islam..Tetapi hanya Islam di mata...REALITII nyerr..negara ini adalah negara SEKULAR yang Menggunakan Undang-undang KAFIR dalam sistem pemerintahan .. Takbirrrrrrr ! Lawan Tetap Lawan !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
p/s : Apa yang Cucu nampak ni di Kuantan ajer...rasa-rasa Cucu di bandar lain yang lebih besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Penang, Seremban dan banyak lagii , mungkin aktiviti maksiat lebih teruk dari yang berlaku di Kuantan..oleh itu marilah kita sama-sama dedahkan supaya semua rakyat tahu bahawa inilah dia negara Islam Malaysia Ala UMNOCINO ....
 
CUCU MAT KILAU, Kuantan




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com