UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DISEBALIK TRAGEDI BANJIR DI PAHANG - Vol I

Assalammualaikum WBT, Salam Perjuangan buat semua Warga Tranungkite Cyberlink.

Harapan Cucu agar semuanyer berada didalam keadaan sihat walafiat hendaknyer. Kali ini Cucu ingin membawa simpati seluruh warga tranungkite Cyberlink terhadap ramai kaum kerabat Cucu yang telah mendapat bencana alam ..

Cucu serta kaum kerabat Cucu di Kuantan khasnya dan di Pahang amnya sedang bersedih. Al-maklumlah kawasan tempat tinggal Cucu turut dilanda oleh BANJIR BESAR sekarang ini. Walaupun Cucu hampa dan berduka kerana gagal menyelamatkan harta benda Cucu terutamanya Kereta kesayangan yang tenggelam dalam sesuau tragedi yang merupakan malapataka atau bala besar dari Allah SWT terhadap negeri Pahang sekarang ini. Mungkin ada hikmah terhadap semua yang berlaku ini. Cucu juga kesian melihat kaum kerabat Cucu yang sanggup meredah air banjir semata-mata untuk menyelamatkan diri masing-masing. Cuba pembaca bayangkan setakat Cucu menulis ini dah hampir mencecah ke angka 10 ribu orang mangsa banjir yang menerima nasib yang sama seperti Cucu. Bayangkan , dari jumlah tersebut hampir seribu buah kenderaan pada perkiraan Cucu yang tersadai dan dibenamkan oleh air banjir tersebut. Di kawasan tempat tinggal Cucu ini boleh dikatakan 100% penduduk di sini menjadi mangsa dan tidak ada sebuah rumah pun yang terselamat. Kejadian yang berlaku ini sebenarnya harus diterima sebagai qada dan qadar daripada Allah Taala. Cucu bersyukur walaupun kediaman Cucu air naik sehingga mencecah dua meter namun semua anak-anak dan kaum kerabat Cucudapat diselamatkan.

Banjir besar yang berlaku ini harus dilihat sebagai ujian dari Allah Taala terhadap kesenangan hidup yang dikecapi selama ini. Kebanyakkan mangsa tinggal sehelai sepinggang ketika meninggalkan rumah masing-masing. Barang-barang lain seperti perabot dan perkakas elektrik musnah sama sekali ditenggelami air. Begitu juga dengan kenderaan seperti kereta, motor, van dan sebagainya. Pendek kata segala-galanya telah musnah sama sekali.

Akibat daripada banjir ini kebanyakkan jabatan kerajaan dan syarikat swasta di sekitar Bandar Kuantan kekurangan kakitangan untuk hari ini 24/12/2001. Ini kerana kebanyakkan kakitangan mereka menetap di sekitar kawasan yang dilanda banjir tersebut. Malahan ada sesetengah jabatan dan syarikat swasta memberikan kakitangan mereka pulang lebih awal pada hari ini. Bagi diri Cucu sendiri tidak dapat membayangkan apakah akan Cucu lakukan selepas ini. Maksud Cucu selepas banjir kian reda. Semua pakaian , kasut, serta lain-lain dokumen penting milik Cucu telah hilang serta musnah dibawa arus deras. Begitu juga dengan kereta Cucu yang sudah pasti tersadai dan memerlukan belanja yang besar untuk diperbaiki semula, maklumlah air naik hingga ke paras bumbung.

Air yang mula naik bermula lebih kurang jam 2.00 pagi itu benar-benar telah membuka minda kaum kerabat Cucu akan perlunya beringat-ingat sebelum terkena . Kebanykkan kaum kerabat Cucu tidak menyangka banjir yan sebegitu besar melanda tempat kediaman yang telah mereka diami lebih 12 hingga 20 tahun lalu. Cucu berasa amat simpati terhadap kaum kerabat Cucu yang mempunyai anak-anak yang akan menyambung alam persekolahan penggal baru bermula pada 7 Jan 2001 ini. Banyangkanlah segala kelengkapan sekolah seperti pakaian, kasut, buku dan lain-lain lagi telah musnah segalanya. Kaum kerabat Cucu turut memerlukan wang untuk membiayai persekolahan anak-anak. Namun apakah yang dapat diharapkan bila semua ini menimpa. Cucu turut merasa simpati terhadap suudara mara kaum kerabat Cucu yang datang ke Kuantan untuk berhari raya namun turut sama menjadi mangsa banjir tersebut. Bayangkanlah ada diantara mereka yang datang dari Pulau Pinang, Johor Bharu, Kuala Lumpur , Ipoh dan lain-lain tempat diseluruh negara. Semua kenderaan mereka turut ditenggelami air banjir , malahan antara kenderaan mewah yanag Cucu dapat lihat ialah seperti BMW, Mercedes Benz, Honda Accord 200i , MPV, Kia Carnival, Ullyser dan banyak lagi. Semua kenderaan ini didapati telah ditenggelami air banjir. Bayangkan ada diantara mereka yang baru sahaja mengambil kenderaan tersebut terutamanya menjelang ketibaan Aidil Fitri yang lalu.

Apa yang melucukan ialah kaum kerabat Cucu masih ingin bergurau senda sambil menyifatkan Pusat-Pusat Pemindahan Banjir seperti Kem-kem Pelarian Afhganistan di sempada Pakistan. Kata mereka ini baru Allah Taala beri ujian banjir besar, belum lagi dijatuhkan Bom-bom seperti apa yang berlaku di Afganistan. Ujian yang menimpa kaum kerabat Cucu ini harus dijadikan iktibar oleh semua warga Tranungkite agar lebih berhati-hati di masa yang akan datang. Sekain dulu laporan BANJIR dari Cucu. Takbirrr !!

P/s : Akan datang Cucu akan jelaskan RAHSIA DISEBALIK TRAGEDI BANJIR !! Kenapa dan mengapa Bantuan lambat sampai kepada kaum kerabat Cucu serta mana perginya MB serta orang-orang kenamaan Pahang dalam membantu mangsa yang terlibat pada hari kejadian iaitu 23/12/2001 yang lalu. Nak tahu ? Jangan lupa baca tulisan Cucu selepas ini.

CUCU MAT KILAU, Kuantan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com