Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenaikan tol: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu patut mengumumkan kontrak Lebuh Raya Utara Selatan

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan dua hari lalu bahawa kadar tol bagi semua kelas kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan akan dinaikkan sebanyak 10% mulai 1 Januari.

Semalam, beliau berkata bahawa kerajaan berhutang kepada Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebanyak RM240 juta akibat daripada kenaikan tol yang ditunda sejak 1998 dan dengan perjanjian dikaji semula yang membenarkan kenaikan tol setiap tiga tahun, kerajaan tidak perlu membayar apa-apa ganti rugi lagi kepada PLUS.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM80 juta setiap tahun sekiranya tiada kenaikan tol dibenarkan.

Pada tahun 1999, Menteri Kewangan kedua, Datuk Mustapha Mohamad telah mengumumkan kajian semula mengikut terma-terma perjanjian konsesinya dengan PLUS.

Menurut Mustapha, kajian semula tersebut melibatkan pemanjangan tempoh konsesi sebanyak 12 tahun dan meningkatkan kenaikan tol dengan banyak. PLUS juga akan dibekalkan dengan pinjaman RM220 juta sebagai ganti kepada pampasan.

Rakyat Malaysia berhak mengetahui mengapa kerajaan masih perlu membayar jumlah pampasan tahunan yang sebegitu tinggi kepada PLUS selepas ia membenarkan PLUS mengutip tol untuk tambahan 12 tahun.

Oleh demikian, saya menyeru Samy Vellu mengumumkan kontrak Lebuh Raya Utara Selatan, termasuk segala butiran relevan mengenai pendapatan tol jangkaan dan sebenar bagi membolehkan orang ramai menentukan sama ada syarat dan kenaikan tol adalah adil dan munasabah.

Samy Vellu juga patut mendedahkan jumlah keseluruhan pampasan yang telah dibayar oleh kerajaan kepada PLUS.

Rakyat dan kerajaan kini terperangkap dalam situasi yang merugikan sama sekali di mana sama ada orang ramai terpaksa menerima kenaikan tol yang tidak adil ataupun PLUS perlu dibayar ganti rugi dengan menggunakan wang awam. Punca asas perkara ini adalah kontrak yang berat sebelah dan menentang kepentingan pengguna jalan raya.

Justeru, kerajaan mesti mengumumkan kepada orang ramai segala data dan butiran yang relevan dan sewajarnya.

Mengenai komen yang dibuat oleh Perdana Menteri bahawa alternatif kepada aduan orang ramai adalah untuk menutup lebuh raya tersebut dan membiarkan mereka menggunakan jalan lama untuk melihat berapa banyakkah masa yang mereka perlu habiska, saya ingin memaklumkan kepada beliau bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna lebuh raya adil yang bersedia membayar kenaikan tol yang munasabah.

Pada ketika terdapatnya perasaan umum ketidakpastian berhubung dengan prospek ekonomi pada masa terdekat dan di mana perniagaan orang ramai sudahpun terjejas oleh kemelesetan ekonomi, Mahathir seharusnya lebih sensitif dan responsif terhadap aduan munasabah rakyat.

Oleh : Kerk Kim Hock






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com