Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


DAP akan berusaha mendapatkan sokongan daripada BA

Penggantungan jawatan Ahli Parlimen DAP, Fong Po Kuan oleh Parlimen pada 11 Disember telah menonjolkan betapa mustahaknya bagi parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan yang berprihatin untuk mendesak pembaharuan Parlimen dan menjadikannya lebih demokratik.

Penggantungan jawatan Po Kuan bukan sahaja suatu persoalan mengenai hukuman begitu berat yang dikenakan ke atasnya melalui suatu usul Parlimen julung kali yang diluluskan kerana majoriti amat besar Barisan Nasional (BN), tetapi ia juga menyentuh persoalan bahawa Parlimen sebagai forum politik tertinggi di negara perlu diperbaharui bagi memastikan ianya boleh membenarkan Ahli-Ahli Parlimen memainkan peranan mereka sebagai wakil-wakil yang dipilih rakyat secara bermakna dan berkesan.

Sebenarnya, tahun ini sahaja, Ahli-Ahli Parlimen DAP telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk memohon supaya Yang di-Pertua membenarkan perbahasan mengenai pelbagai isu yang berkehendak disegerakan seperti isu pelaburan KWSP, kejadian Kampung Medan, perlantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara baru dan skandal CLP. Walau bagaimanapun, tiada satupun daripada isu-isu ini diluluskan bagi perbahasan di Parlimen.

Tindakan Yang di-Pertua menolak permohonan kami telah menyebabkan rakyat Malaysia bertanya-tanya sama ada Parlimen masih relevan apabila isu-isu yang menjadi keprihatinan mereka dan menyentuh kepentingan awam tidak dirasakan cukup penting dan berkehendak disegerakan bagi perbahasan Parlimen dengan serta-merta.

Pada hakikatnya, terdapat banyak aspek di mana pembaharuan Parlimen perlu dilakukan dan tindakan menggantung keanggotaan Po Kuan melalui suatu usul julung kali yang bersifat membalas dendam dan menjengkel tentunya menonjolkan fakta bahawa sudah sampai waktunya bagi rakyat Malaysia menyuarakan sokongan mereka untuk kempen “Solidariti Bersama Po Kuan bagi Pembaharuan Parlimen.”

DAP tidak boleh dan tidak harus menjadi satu-satunya suara yang melaung-laungkan pembaharuan Parlimen. Oleh itu, kami akan mendapatkan kerjasama dan sokongan parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan kumpulan-kumpulan yang berprihatin untuk mengubah kemarahan awam terhadap penggantungan jawatan Po Kuan secara tidak adil menjadi suatu kuasa politik bagi pembaharuan Parlimen dan usaha menjadikannya lebih demokratik.

Dalam hubungan ini, saya ingin menekankan bahawa sungguhpun DAP tidak lagi menjadi ahli Barisan Alternatif (BA), DAP tetap mengalu-alukan sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap isu penggantungan jawatan Po Kuan.

Kami telah menyatakan bahawa sementara kami berada di luar BA, kami masih boleh bekerjasama dengan BA mengenai isu-isu khusus.

Penggantungan jawatan Po Kuan adalah isu kedua yang mana DAP akan berkerjasama dengan BA selepas kami meninggalkan BA pada 22 September tahun ini. Isu pertama yang mana DAP dan BA telah bersepakat adalah perhimpunan anti-ISA baru-baru ini yang diadakan di luar Kem Tahanan Taiping.

Akan tetapi, kerjasama tersebut hanya dihadkan kepada isu khusus dan persoalan DAP kembali kepada BA ataupun format kerjasama sebelumnya dengan BA atau PAS tidak timbul.

Oleh : Kerk Kim Hock






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com