Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Seruan kepada Malaysiakini untuk menghargai kredibiliti dan reputasi

Seruan kepada Malaysiakini untuk menghargai kredibiliti dan reputasi yang diperolehinya secara bersusah payah dengan mengekalkan standard profesionalisme dan etika kewartawanan yang tertinggi serta berjaga-jaga terhadap manipulasi oleh sesetengah pihak dengan agenda-agenda spesifik

Malaysiakini harus menghargai kredibiliti dan reputasi yang diperolehinya secara bersusah payah dengan mengekalkan standard profesionalisme dan etika kewartawanan yang tertinggi serta berjaga-jaga terhadap manipulasi oleh sesetengah pihak dengan agenda-agenda spesifik.

Dalam tempoh singkat dua tahun sejak Malaysiakini mula-mula dilancarkan pada 20 November 1999, ia telah memenangi tiga anugerah kewartawanan antarabangsa yang berprestij, iaitu anugerah Press Freedom oleh Reporters Sans Frontieres pada bulan Januari 2000, anugerah International Press Freedom oleh Committee to Protect Journalists pada bulan November 2000 dan anugerah Media Pioneer oleh International Press Institute pada bulan Januari 2001.

Rakyat Malaysia menyambut meriah pemberian anugerah-anugerah antarabangsa ini kepada Malaysiakini, memandangkan agensi berita harian ini telah membawa suatu kesan yang tidak dapat dinafikan ke atas bidang kewartawanan, politik dan hal ehwal negara Malaysia melalui laporan bebas, analisis yang mendalam dan kewartawanan penyiasatannya.

Malaysiakini mempunyai sokongan rakyat Malaysia dan masyarakat madani di dalam komitmennya untuk “menguji dan menolak sempadan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar di Malaysia dengan memaparkan berita dan analisis terkini yang berkredibiliti melalui laporan tidak berat sebelah, laporan kemas kini kerap, lidah pengarang dan surat pendapatnya ... untuk menangkis budaya penapisan secara sendiri di dalam media arus perdana.” Rakyat Malaysia berharap sumbangan terbesar Malaysiakini adalah menamatkan kemarau kewartawanan di Malaysia dengan menyemai kewujudan media massa yang berdaya maju, bertenaga, bebas dan bertanggungjawab di negara.

Oleh yang demikian, Malaysiakini patut melakukan sedaya yang boleh bukan sahaja untuk menghargai kredibiliti dan reputasi yang diperolehinya secara bersusah payah tetapi juga menjadi teladan kepada arus perdana dengan berjaga-jaga terhadap ketidakprihatinan daripada standard profesionalisme dan etika kewartawanan yang paling tinggi dan manipulasi terang-terang oleh sesetengah pihak dengan agenda-agenda yang khusus. Malaysiakini, khasnya, harus menegakkan pepatah kewartawanan, “Pendapat adalah percuma tetapi fakta adalah suci” (Opinions are free but facts are sacred).

Pada hari Rabu, Malaysiakini di dalam suatu laporan bertajuk “Party members uneasy over Lim’s new secular front bid”, menyatakan:

“According to a party member who requested anonymity, DAP has seen divisions within the party on a number of  issues and this included last week’s proposal for a new secular front.

“ 'With life advisor Dr Chen (Man Hin) out of the scene, Karpal Singh (deputy chairman), Kerk Kim Hock (secretary-general), and M Kulasegaran (central committee member) are the main ones keeping the party honest in not having any misadventure with the BA before the next general elections,’ said the party member.

“Keeping the party out of the so-called misadventures with the BA became necessary when Lim’s attendance at Keadilan’s annual general assembly in Kemaman, Terengganu in November caught the DAP’s central executive committee by surprise.

“ 'The assumption was that no leader would be going,’ the party member told malaysiakini.

“It is believed that Lim received a personal invitation from Keadilan president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Wan Azizah, however, was not aware that some in her party had planned an embarrassment for Lim when Women’s chief Fuziah Salleh call on DAP  members  to ‘defect’ to Keadilan, said the member.

“Just as there are those in the DAP wanting to ensure the party stays out of the BA, there are also people in the BA who want the same, said the member.”


Laporan Malaysiakini tersebut menyalahi pepatah kewartawanan “Pendapat adalah percuma tetapi fakta adalah suci” kerana apabila saya menghadiri Mesyuarat Am Tahunan Keadilan di Kemaman pada 10 November 2001, ianya dilakukan dengan kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang bertemu tiga hari sebelumnya pada 7 November 2001.

Malaysiakini juga perlu melindungi kredibiliti dan reputasinya dengan memastikan bahawa ia tidak dimanipulasi bagi agenda-agenda spesifik oleh pihak-pihak tertentu, termasuk sesetengah orang yang telah menjadikan tumpuan sepanjang hayat mereka untuk menghentam DAP, bahkan menghentam Lim Kit Siang.

Pada hari yang sama rencana Malaysiakini tersebut dipaparkan yang mana menggantikan fakta dengan rekaan, terdapat enam surat di Malaysiakini yang melakukan hentaman terhadap DAP dan Lim Kit Siang – yang tampaknya ditulis oleh orang yang sama, yang agak terkenal untuk keperibadian pelbagai seumpama itu untuk mewujudkan tanggapan serangan semua hala ke atas DAP dan saya sendiri.
 






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com