Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Teori Israel serang WTC ada benarnya

Oleh : HARIS ZALKAPLI

Dakwaan bahawa Israel terlibat dalam serangan 11 September ke atas menara berkembar World Trade Center dan bangunan Pentagon di Amerika Syarikat (AS) telah lama dikemukakan oleh banyak pihak di seluruh dunia.

Namun ramai juga yang menolaknya atas alasan seperti tidak berminat dengan "teori konspirasi". Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan Israel sanggup membunuh untuk mencapai matlamat politik. Membunuh bukanlah sesuatu yang sukar bagi golongan ini seperti yang telah terbukti sejak penubuhan Israel pada 1948. Lebih-lebih lagi Israel hari ini diperintah oleh Perdana Menteri Ariel Sharon, pemimpin yang terkenal dengan kekejaman. Adalah tidak wajar dakwaan ini ditolak begitu sahaja.

Kesempatan telah diambil oleh rejim Zionis dengan meningkatkan pembunuhan rakyat Palestin dan pemimpin mereka - dasar membunuh pemimpin Palestin yang dinamakan targeted killing oleh rejim Zionis pimpinan Sharon -- berikutan tumpuan dunia kepada New York dan Washington, dan kemudian Afghanistan.

Serangan itu juga menimbulkan dan meningkatkan kemarahan dunia terhadap Islam, musuh utama Israel, sekaligus mengalihkan kekejaman rejim Zionis dari menjadi berita utama. Simpati terhadap Israel dapat ditingkatkan hasil dari anggapan bahawa "militan Islam" sanggup bertindak zalim terhadap orang ramai. Anggapan ini boleh memperlihatkan alasan Israel hanya bertindak balas terhadap serangan pihak Palestin sebagai benar.

Kesediaan Israel bertindak ganas telah dibuktikan melalui serangan ke atas kapal perisik USS Liberty ketika perang Arab-Israel tahun 1967 yang dikenali sebagai Perang Enam Hari. Israel dikatakan menyerang kapal berkenaan untuk mengelakkan AS mengetahui jenayah yang dilakukan oleh Israel di Mesir.

Israel ketika itu sedang melakukan pembunuhan 1,000 tahanan Arab di bandar el-Arish, Sinai. Israel juga dikatakan bertindak demikian bagi mengelakkan dari rancangannya menakluk Bukit Golan dilaporkan.

Seorang yang terselamat dari serangan itu, James M Ennes, Jr dalam rencana Did Israel Commit One War Crime to Hide Another? yang disiarkan oleh The Washington Report on Middle East Affairs pada tahun 1996 menerangkan serangan Israel pada 8 Jun, 1967 itu.

Ennes juga ada menghasilkan sebuah buku mengenai serangan itu, Assault on the Liberty: The True Story of the Israeli Attack on an American Intelligence Ship (Random House, 1980). Senario hari ini juga serupa dengan suasana peperangan tahun 1967. Israel menghadapi keadaan yang sukar sejak setahun sebelumnya. Ia baru sahaja dikecam ramai pihak berikutan sikapnya terhadap Persidangan Menentang Perkauman di Durban, Afrika Selatan, selain pembunuhan kejam lebih 700 orang dalam keganasan sejak lawatan provokasi Sharon ke Baitulmaqdis.

Kemenangan Parti Likud pimpinan Sharon juga mewujudkan satu keadaan peperangan. Pada masa yang sama, AS diperintah parti Republikan yang dikuasai golongan konservatif yang sedia untuk berperang.

Peristiwa serangan Liberty pada hari keempat Perang Enam Hari itu telah ditutup oleh Israel dan juga AS di bawah pentadbiran Presiden Lyndon Johnson. Johnson dan Setiausaha Pertahanan Robert McNamara telah mengarahkan supaya bantuan dari kapal berhampiran dibatalkan dan Johnson sendiri tidak peduli sekiranya Liberty tenggelam. White House dan Kongres telah menerima penjelasan Israel dan ganti rugi sebanyak AS$6 juta. Sikap Johnson itu juga disebabkan beliau masih mengharapkan sokongan dan bantuan kewangan dari individu dan kumpulan-kumpulan Yahudi dan pro-Israel.

Lebih memperlihatkan usaha menutup insiden itu ialah penganugerahan Congressional Medal of Honor kepada Kapten William L. McGonagle yang mengetuai Liberty tidak dijalankan di White House seperti biasa. Presiden Johnson juga tidak terlibat dalam majlis penganugerahan anugerah tertinggi itu.

Serangan itu tidak dijelaskan secara terperinci seperti yang sepatutnya, tanpa menyebut Liberty diserang oleh Israel. Laksamana Thomas Moore turut menggesa agar majlis itu diadakan seperti biasa di White House tetapi permintaan beliau tidak dilayan.

Israel mendakwa serangan itu berlaku kerana "satu kesilapan yang tragis," tetapi, Setiausaha Negara AS ketika itu, Dean Rusk dan Laksamana Moorer mendakwa serangan itu memang bertujuan untuk menenggelamkan Liberty. Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam satu laporannya mendakwa Jeneral Moshe Dayan secara peribadi mengarahkan serangan itu. Satu dokumen Agensi Keselamatan Negara (NSA) juga menyebut pegawai tertinggi di Washington memang mahu menutup perkara sebenar.

Fakta-fakta menunjukkan tidak mungkin serangan itu tidak disengajakan. Serangan berlaku selama 90 minit menurut Ennes. Ada pendapat yang mengatakan selama lebih 70 minit, tetapi tempoh itu tetap menunjukkan serangan itu terlalu lama untuk satu serangan yang tidak disengajakan.

Seramai 34 orang mati, 171 cedera dan Liberty berjaya dimusnahkan. Kapal itu juga berada di perairan antarabangsa dan bertentangan dengan dakwaan Israel, ia ada mengibarkan sebuah bendera Amerika, selain tulisan GTR-5 yang tertera padanya. GTR, singkatan kepada General Technical Research, ialah pengenalan kepada kapal perisik NSA.

James Bamford, dalam buku beliau mengenai NSA bertajuk Body of Secrets: Anatomy of the Ultra-Secret National Security Agency from the Cold War Through the Dawn of a New Century (Doubleday, 2001) menjelaskan sebuah pesawat perisik Tentera Laut AS EC-121 yang berada berhampiran berjaya merekodkan secara elektronik serangan itu. Melalui apa yang diperolehi oleh EC-121, terbukti bahawa pilot Israel mengetahui bahawa mereka sedang menyerang sebuah kapal Amerika.

Tinjauan Israel sebelum serangan, penggunaan peralatan radio jamming dan serangan dengan senjata seperti roket, napalm dan torpedo memang bertujuan untuk menyebabkannya tidak berupaya untuk berkomunikasi dan akhirnya tenggelam.

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan Israel mengetahui identiti Liberty dan berhasrat untuk menenggelamkannya. Artikel Reverdy S Fishel dalam International Journal of Intelligence and Counterintelligence keluaran musim luruh 1995, The Attack on the Liberty: An "Accident"? menjelaskan, sejurus sebelum serangan bermula, seorang juruterbang Israel menghubungi ibu pejabat tentera Israel memaklumkan identiti Liberty sebagai sebuah kapal AS. Tetapi dia tetap diarahkan supaya menyerang. Komunikasi ini berjaya dipintas di kedutaan AS di Beirut. Pada 1991, bekas Duta AS ke Lubnan Dwight Porter telah mendedahkan perkara ini.

Sehingga hari ini, suara mereka yang terselamat dari serangan itu masih dipinggirkan. Tuntutan mereka supaya insiden Liberty itu disiasat juga menghadapi pelbagai rintangan. Kumpulan pro-Israel sentiasa cuba menggagalkan usaha mereka. Mereka dilabelkan sebagai hate group, setaraf dengan kumpulan seperti Ku Klux Klan dan Aryan Nation.

Mereka dianggap sebagai golongan anti-semitik, pembenci Israel dan propagandis Arab, kerana ada bekerjasama dengan kumpulan Arab dalam usaha mencari keadilan. Peristiwa Liberty bukan sahaja membuktikan Israel sanggup melakukan apa sahaja, tetapi juga membuktikan kesediaan pemimpin AS melindungi Israel walaupun merugikan rakyat sendiri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com