Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


JAWI diminta henti memalukan Masjid Sungai Mulia

Oleh : Wartawan Detikdaily

KUALA LUMPUR: Jemaah Masjid Sungai Mulia, Jalan Gombak, tidak dapat lagi menahan perasaan mereka dengan kerenah Pengerusi masjid tersebut yang selalu membuat pengumuman yang `memalukan' mereka, sebelum imam naik ke atas mimbar untuk khotbah Jumaat, pada setiap hari Jumaat, akhir-akhir ini.

Terbaru pada 23 November, suasana masjid menjadi kecoh apabila ramai jemaah memekik dan menjerit meminta supaya Pengerusi tersebut berhenti membuat pengumuman. Beliau membacakan arahan dari pihak tertentu yang melarang diadakan tazkirah sewaktu sembahyang tarawih, dengan alasan ada jemaah yang mengadu tazkirah itu mengganggu kekhusyukan mereka.

"Buat apa nak baca arahan itu. Masjid ini bukannya pernah buat tazkirah sewaktu sembahyang terawih pun," kata seorang jemaah yang tinggal di Kampung Sungai Mulia.

"Dia ni ada-ada saja nak malukan jemaah tiap kali Jumaat," kata pula seorang pemuda yang berniaga di Pasar Besar Gombak berhampiran masjid itu. "Awak sudahlah nak baca pun tak betul. Buat malu ahli qariah sinilah."

Ramai ahli qariah mengadu kepada kami meminta pihak JAWI atau Jakim menasihati pengerusi tersebut supaya jangan lagi bercakap sebelum solat Jumaat, atau menamatkan saja khidmat pengerusi tersebut dengan segera, sebelum kemarahan jemaah menjadi lebih tidak terkawal.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com