Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Lagi Bukti Baru Khir Rasuah

Oleh : Murray Hiebert/Washington

DI SAAT tentera-tentera Amerika berangkat menuju perang dengan Afghanistan, pihak media negara itu sekali lagi bergelut dengan teka-teki yang menyakitkan hati: Adakah peranan media hanya sebagai tukang sorak dan penyokong setia kepada Pentagon, atau, perlukan wartwan-wartawan AS terus bersikap tidak dipengaruhi dalam menjadi broker maklumat?

Sebahagian wartawan Amerika begitu cepat melekatkan bendera kecil Amerika di baju mereka sebagai tanda patriotik, sementara setengah yang lain seperti ketiadaan masa untuk mempersoalkan bahawa kerajaan menyekat terlalu banyak maklumat, justru menghalang mereka berperanan sebagai pemerhati yang baik. Bagimanapun perkembangan ini diperhatikan dengan teliti oleh banyak pihak di Asia.

Dalam masa beberapa hari selepas berlakunya peristiwa serangan pengganas ke atas New York dan Washington, CNN, Fox News Channel dan MSNBC telah menghias skrin siaran berita mereka dengan bendera Amerika. Dan acapkali pula pemberita-pemberitanya menggunakan perkataan “kami” dan “kita” apabila merujuk kepada kerajaan AS dan Amerika.

Peneraju berita kewangan CNN, Lou Dobbs, ketika melaporkan pembukaan semula Bursa Saham New York pada 17 September lalu memberitahu penonton-penontonnya bahawa Amerika telah “dirahmati dengan...demokrasi teragung di dunia.” Peneraju CBS, Dan Rather pula, ketika muncul dalam satu rancangan sembang-sembang lewat malam berkata: “George Bush adalah presiden, dia yang membuat keputusan, dan anda tahu, sebagai seorang rakyat Amerika, jika dia memerlukan perkhidmatan saya, katakan saja di mana, saya akan berada di situ.”

Ramai konsumer media Amerika berasa kecewa apabila melihatkan ramai wartawan AS terlalu memihak kepada kerajaan Amerika. “Sikap objektif dan analisis yang serius tidak lagi dipedulikan,” kata seorang ahli sains politik Malaysia Farish Noor di Kuala Lumpur. Tambahnya, “media AS seolah-olah telah menjadi bayangan cermin kepada media Arab yang keras itu.”

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, yang tidak pernah bersetuju dengan media Barat itu pergi lebih jauh. Dalam satu temubual dengan sebuah akhbar yang diterbitkan pada 28 Oktober lalu dia berkata, media AS adalah “alat propaganda yang besar.”

Menurut Farish, dalam hal ini dia lebih banyak merujuk kepada media Eropah, yang baginya jauh lebih seimbang. Razak Baginda, yang mengendalikan sebuah institusi pemikir di Kuala Lumpur pula menyifatkan media Amerika “terlalu menekankan soal patriotisme”. Kata Razak, liputan media AS mengenai perang (di Afghanistan) boleh mengakibatkan masyarakat di dunia sedang membangun tidak lagi akan mempercayainya (media AS).

Di pihak yang lain, kebanyakan organisasi berita di Amerika berasa amat kecewa atas sikap Pantagon yang terlalu menghadkan penyebaran maklumat mengenai perang itu. Apabila The Washington Post dan dua buah rangkaian televisyen di negara itu menyiarkan berita mengenai Pasukan Khas AS terlibat dalam misi kententeraan di Afghanistan pada 16 Oktober lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld telah mengecam pegawai-pegawai yang terbabit membocorkan maklumat tersebut. “Demi kepentingan negara, kita tidak mahu (Osama bin Laden ataupun puak Taliban) tahu bila dan bagaimana atau mengapa kita mengadakan operasi itu,” katanya.

Thomas Ricks, wartwan yang membuat liputan di Pentagon untuk The Washington Post berkata, kali ini Jabatan Pertahanan telah mengetatkan pengaliran maklumat, berbeza dengan perang-perang yang terdahulu. “Mereka boleh dikatakan tidak memberikan sebarang maklumat,” kata Ricks, “dan maklumat yang diberikan pula pada umumnya telah lewat 24 jam”.

Jelas Ricks, hanya sebilangan kecil wartwan dibenarkan menaiki kapal pengangkut pesawat yang menjadi pengkalan kepada pesawat terbang AS mengebom Afghanistan. Dan wartawan-wartawan tidak diberi kebenaran untuk membuat liputan mengenai 1000 orang pasukan infantri AS yang ditempatkan di Asia Tengah, iaitu di Republik Uzbekistan. “Ini bermakna maklumat diperolehi melalui cara yang aneh dan tidak dapat diramalkan,” kata Ricks, salah seorang wartawan yang mendedahkan berita mengenai komando AS beroperasi di Afghanistan.

Salah satu sebab mengapa Pentagon begitu merahsiakan maklumat mengenai perang kali ini ada kaitannya dengan perang Vietnam dahulu dimana waktu itu “media Amerika buat pertama kalinya telah dijadikan alat tunggangan untuk mempersoalkan kewajaran mengenai perang tersebut,” kata Alex Jones, pengarah Jabatan Media, Politik dan Dasar Awam, Pusat Joan Shorenstein, Universiti Havard. “Tentera menarik diri dari perang itu kerana percaya media Amerika telah berjaya membuatkan masyarakat awam menentang usaha perang itu,” kata Jones. Dan ini telah membuatkan kalangan tertentu dalam tentera percaya bahawa untuk mendapatkan sokongan masyarakat, kita mesti mengawal media.

Dalam usaha mengekalkan sokongan awam dalam Perang Teluk dalam 1991, kata Jones, Pentagon terpaksa “mengelirukan media untuk mengelirukan Iraq”. Dan ini, tambah sarjana dari Havard itu lagi, telah mengakibatkan “timbulnya bermacam-macam kesangsian terhadap kualiti dan kuantiti maklumat yang datang Pentagon.”

Sebagai natijahnya, kata Jones, ramai rakyat Amerika beralih kepada Internet – yang mula digunakan secara meluas dalam 1991 – untuk mendapatkan berita dari sumber asing seperti The Guardian di Britain, Badan Penyiaran British (BBC) dan Al-Jazeera, stesen TV Arab di Qatar.

“Pentagon telah mencipta satu ruang kosong yang kemudiannya telah diisi oleh sumber berita lain yang tidak begitu baik,” kata Jones, dan tambahnya lagi “kalaulah setiap orang rakyat Pakistan tahu bahawa komando Amerika terlibat dalam perang di Afghanistan, dan rakyat Amerika sendiri tidak tahu, itu bodoh namanya.”

Pertengahan Oktober lalu, rangkaian TV Amerika mendapat tekanan hebat daripada kerajaan yang menghendaki supaya waktu siaran mengenai hal-ehwal musuh Amerika dihadkan. Selepas beberapa buah rangkaian TV menyiarkan rakaman video yang dikeluarkan oleh Osama bin Laden dan rangkaian Al-Qaeda, tanpa diedit, Penasihat Keselamatan Negara Condoleeza Rice telah menelefon rangkaian TV berkenaan menyatakan kebimbangannya.

Jurucakap Rumah Putih Ari Fleischer berkata, pita itu, kalau baik sekali pun tetap merupakan “propaganda yang menyeru orang ramai supaya membunuh rakyat Amerika,” dan yang terburuk, ia barangkali “merupakan kod-kod rahsia yang akan menggalakkan penyokong-penyokong Osama melaksanakan lebih banyak serangan.” Rangkaian-rangkaian TV berkenaan akhirnya bersetuju untuk menghadkan waktu siaran, seperti yang dikehendaki.

Akan tetapi beberapa orang esekutif TV dan penganalisis media mula mempersoalkan persetujuan di antara rangkaian TV dan Rumah Putih itu. William Dorman, tenaga pengajar kewartawanan di Universiti California berkata, adalah sangat berbahaya membenarkan kerajaan menghadkan liputan

“Apakah keadaan semakin hari semakin tergelincir?” soal Dorman. “Apakah keadaan akan menjadi lebih mudah jika kita berkata “ya” sedangkan masa depan kelihatannya semakin kabur? Saya cukup risau, media nampaknya tidak menggunakan peluang yang ada untuk mendidik orang ramai.”

Tom Rosenstiel, pengarah Projek Kecemerlangan Kewartawanan di Washington berkata: “tanggapan yang mengatakan bahawa dengan menapis berita seperti itu dapat menunjukan sikap patriotisme adalah tidak betul.” Katanya, penapisan bererti wartawan-wartawan “gagal melaksanakan peranannya untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan rakyat. Jika kita hanya melaporkan apa yang George Bush dan Rumsfeld mahukan, maka kita telah menjadi agensi berita kerajaan.

Bekas koresponden TV CBS, Marvin Kalb, yang menulis dalam The Washington Post berkata bahawa “tidak ada percanggahan di antara patriotisme wartawan dengan profesionalisme wartawan.” Kata Kalb, “wartawan melakukan tindakan yang sangat patriotik dan beroperasi pada tahap yang sangat profesional jika semua maklumat yang diberikan kerajaan diteliti dengan baik untuk dicari kebenarannya – dan melaporkannya tanpa rasa takut dan bimbang keputusannya. Inilah tugas mereka, baik ketika aman ataupun perang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com