Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Khir selamat buat sementara waktu, tapi belum tentu untuk selamanya

Oleh : Wartawan Detikdaily

SHAH ALAM: Maklumat baru mengenai kes rasuah Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang disampaikan Ahmad Lutfi Othman di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya, Selasa lalu, kembali menghangatkan isu sensasi ini meskipun umat Islam kini lebih disibukkan dengan persiapan menghadapi Aidilfitri.

Sebelum itu, khabar-khabar angin mengatakan Dr Khir yang mengambil cuti sakit sehingga 3 Disember lalu dikatakan akan terus bercuti panjang. Bagaimanapun berita angin itu ternyata tidak berasas apabila Khir mula bertugas sehari selepas itu dan tidak ada tanda-tanda beliau kini dalam tekanan. Difahamkan, isu rasuah beliau dapat dikendalikan seperti yang dirancang.

"Pembangkang yang mengharapkan Khir jatuh mudah seperti Abu Hassan dulu pasti akan kecewa. Sepanjang saya mengenali Khir, anak muda ini tidak akan menyerah kalah dengan begitu senang. Beliau akan bertahan," kata seorang aktivis pelajar yang pernah mengenali Khir semasa mereka sama-sama menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.

Sementara itu, Lutfi dalam aduan terbarunya menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Khir di persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, pada 31 Oktober lalu, semasa menggulung perbahasan mengenai Belanjawan Selangor 2002.

Merujuk ucapan terdahulu oleh Ketua Pembangkang DUN Selangor, Dato' Dr Hassan Ali, yang juga ADUN Sungai Burong, Khir berkata, memang benar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ada menawarkan sebidang tanah kepadanya, tetapi kedua-dua tawaran untuk tanah yang sama itu dikemukakan pada harga yang sama, bukannya harga yang berbeda-beda, seperti didakwa Lutfi dalam aduan pertamanya kepada BPR seminggu sebelum itu.

Khir juga berkata, beliau menolak tawaran itu kerana tidak mampu untuk membelinya.

Dalam aduan terbaru Lutfi kepada BPR 4 Disember lalu, aktivis media itu menyerahkan bersama dua salinan surat daripada Pengurus Besar PKNS, Dato' Harun Salim, yang membuktikan bahawa kedua-dua tawaran itu mempunyai harga yang berbeza. Dan tawaran kedua adalah harga tanah selepas mendapat potongan 50 peratus.

Isunya timbul apabila Dr Khir merupakan Pengerusi PKNS, yang mana setiap tanah PKNS yang diluluskan untuk dijual hendaklah melalui pengesahan mesyuarat Lembaga PKNS yang dipengerusikan Dr Khir sendiri.

Apakah telah berlaku percanggahan kepentingan yang mana Dr Khir boleh dikatakan telah meluluskan tanah untuk dirinya sendiri? Lagipun, apakah telah menjadi satu kelaziman bagi Pengurus Besar PKNS untuk menawarkan tanah kepada mana-mana MB Selangor, khususnya selepas baru dilantik?

Difahamkan Harun Salim terpaksa membuat tawaran itu apabila disindir oleh Dr Khir semasa MB Selangor itu mempengerusikan buat pertama kalinya mesyuarat Lembaga PKNS.

"Sebenarnya Khir bukan menyindir Harun tetapi beliau menyergahnya," kata seorang pegawai PKNS yang tidak mahu disebut nama. Khir berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap pengurusan PKNS yang tidak pernah melayan permohonan Khir untuk membeli tanah PKNS sebelum beliau dilantik menjadi MB.

Harun difahamkan amat bimbang jika Khir akan menukarkannya kepada posisi lain, sedangkan kedudukannya sebagai Pengurus Besar PKNS dan juga kedudukan isterinya di situ amat lumayan dan tempat yang cukup istimewa untuk mengaut sebanyak mungkin wang panas.

Justeru, cepat-cepat Harun menawarkan tanah yang lokasinya agak istimewa di Bandar Baru Bangi kepada Khir. Dan Khir pun menerimanya dengan senang hati, selepas beliau agak tidak berpuas hati dengan tawaran harga yang pertama iaitu RM20.00 untuk sekaki persegi.

Harun membuat tawaran kedua dengan potongan harga sebanyak 50 peratus. Dan kes inilah yang menjadi pertikaian, sama ada benar Khir terbabit dengan amalan rasuah atau tidak?






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com