Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Soalan yang memerlukan jawapan segera Khir Toyo

Soalan-soalan yang belum dapat dijawab dengan baik oleh Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo:

  • Mengapa Meram Holding, syarikat yang diketahui bermasalah, diberi projek pembin
  • Apakah semasa memutuskan kontrak itu kepada Meram, Khir tidak mendapat maklumat bahawa Meram tidak dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga projek, dan hampir disenarai-hitamkan?
  • Mengapa harga kontrak begitu mahal mencecah RM 4.5 juta bagi 1km? Berapakah anggaran JKR? Sedangkan anggaran daripada perunding kerja-kerja geo-teknikal, setinggi mana pun kosnya, ia pasti tidak melebihi RM60 juta, iaitu maksimum RM3 juta untuk 1 km bagi kawasan tanah yang bermasalah untuk dibuat jalan.
  • Mengapa projek ini diberi secara rundingan terus, sedangkan kita tidak nampak keperluan ia disegerakan, malah sehingga kini bahagian pertama dalam pakej Jalan B44 yang mempunyai tiga pakej ini belum lagi diberikan kepada mana-mana syarikat?
  • Mengapa Menteri Besar sendiri mengeluarkan surat setujuterima kepada kontraktor?
  • Nafikan ahli-ahli lembaga pengarah sub-kontraktor, Cabaran Wangsa yang menjalankan projek pembinaan itu tidak ada kaitan langsung dengan diri Dr Khir Toyo? Maklumat sahih mengatakan pemilik Cabaran Wangsa, sebuah syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam kerja-kerja kontraktor jalan, iaitu Pua Kim An, adalah bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir dan Khir sendiri yang memilih sub-kontraktor ini.
  • Apakah benar menjadi amalan biasa bahawa jika kerajaan negeri sudah berniat mahu memberikan projek kepada sesebuah syarikat, dua tahun lalu, mengapa selama dua tahun kemudiannya, kerajaan negeri langsung tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada syarikat itu?
  • Pua Kim An memberitahu rakan-rakannya di Sekinchan bahawa peruntukan yang diberikan kepadanya untuk membina jalan itu ialah RM60 juta. Soalnya siapakah yang mendapat lebihan RM32.5 juta itu sedangkan Meram Holding yang menjadi kontraktor utama langsung tidak terbabit dengan projek ini. Meram hanya digunakan namanya.
  • Bagaimana Ahmad Termizi Tajjeury pengarah syarikat Cabaran Wangsa, yang hanya merupakan nominee Khir, yang diberi sub-kontrak mendapat tanah 50 ekar di Shah Alam dan 50 ekar lagi di Kuala Langat? Apakah beliau tidak ada kaitan langsung dengan Dr Khir?
  • Bagaimana hampir semua ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat yang diberi tanah di Bukit Cherakah mendapat tanah lebih daripada sekali. Terdapat seorang lembaga pengarah Samsuri Rahmat namanya hadir pada keempat-empat syarikat yang setiap satunya dianugerahkan tanah itu?
  • Mengapa tarikh penubuhan syarikat dan kejayaan memperoleh tanah menjadi isu?
  • Bagaimana Ahmad Azmir Mohd Yusoff, Noor Ashikin Mohd dan Mardhiah Mohamad dilantik sebagai pengarah pada hari yang sama 28 Mei 2001 dan tidak sampai 40 hari selepas itu iaitu pada 4 Julai 2001, mereka bertiga mendapat tanah 50 ekar di Kuala Langat?
  • Mengapa timbul persoalan mengenai alamat syarikat-syarikat yang diberi tanah itu?
  • Mengapa terdapat beberapa orang ahli lembaga pengarah tidak tahu menahu yang mereka mendapat tanah?
  • Mengapa latar belakang sebahagian daripada ahli lembaga pengarah boleh diragukan untuk membangunkan tanah yang dianugerahkan kepada mereka?
  • Mengapa hampir semua ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat yang mendapat tanah di Kuala Langat berumur di antara 20-22 tahun?
  • Bagaimana terdapat anak salah seorang Pegawai Daerah terlibat sedangkan ayahnya masih bertugas di negeri Selangor? Tidakkah ini menimbulkan kecurigaan?
  • Apakah benar Khir tidak menerima tawaran rendah tanah tapak banglo PKNS di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi sedangkan ada bukti menunjukkan bayaran telahpun diselesaikannya, iaitu lebih RM230,000. Dan dari sumber mana wang itu diperolehi?
  • Semasa menjawab dakwaan laporan internet bahawa Khir mempunyai sumber wang yang melebihi gaji dan elaunnya semasa memberi sumbangan kepada orang ramai di Simpang Lima menjelang raya tahun lalu, iaitu RM170,000, Khir mendakwa bahawa dua ekor ayam yang diberikan kepada pengguna jalan di depan rumahnya itu adalah sumbangan sebuah syarikat menternak ayam, Lintang Bistari Sdn Bhd. Namun tinjauan menunjukkan Lintang Bistari bukan saja tidak mempunyai ladang ternakan ayam, malah tahi ayam pun tidak ada di kawasan berkenaan.
  • Bagaimana Pengurus Besar PKNS, Haron Salim boleh menawarkan tanah kepada Pengerusi PKNS sendiri, Khir Toyo, jika tidak ada sesuatu disebaliknya? Benarkah, dalam mesyuarat awal PKNS yang dipengerusikan Khir, beliau mengungkitkan kembali ceritanya dahulu semasa memohon tanah sebelum menjadi MB dan permohonannya tidak dilayan? Justeru, Haron yang sedang merasakan kedudukannya sebagai GM boleh tergugat, berusaha untuk mengambil hati Khir dengan menawarkan tanah yang berlokasi cantik kepada Khir.
- Tunggu …




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com