UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BPR perlu memaklumkan kepada umum proses siasatan

Temubual : YB TENG CHANG KHIM

Interbiu pendek wakil Memo16 dengan ADUN Bandar Klang, TENG CHANG KHIM, mengenai lanjutan isu dakwaan rasuah ke atas Dr Khir Toyo

MEMO16: Komen Sdr terhadap isu Menteri Besar Selangor yang terbaru, yang didakwa menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi mendapatkan sebidang tanah tapak banglo di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, dengan harga murah, iaitu potongan sebanyak 50%.

TENG CHANG KHIM: Dari dahulu lagi, saya sudah menyebut sepatutnya BPR mesti menubuhkan satu pasukan siasatan khas bagi membantu siasatan terhadap Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo. Pasukan khas ini bukan berfungsi semata-mata dalam kes di dalam negeri tetapi luar negara. Begitu juga kes bukan sahaja berkaitan negeri Selangor sahaja tetapi melibatkan penyelewengan yang lain juga. Apa yang menimbulkan kemusykilan sehingga sekarang, walaupun laporan polis telah dibuat dan juga sudah sampai ke pengetahuan orang ramai, namun sehingga hari ini BPR belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan, sama ada sudah bermula siasatan atau belum. Ataupun kes ini sebenarnya mempunyai asas atau tidak. Jelas menunjukkan perkara-perkara ini menjadi amat aneh sekiranya aduan-aduan yang begitu besar tidak mendapat respons langsung dan terbuka daripada pihak BPR. Ini hanya akan menjejaskan kredibiliti BPR.

MEMO16: Apakah kita boleh katakan bahawa Dr Khir Toyo telah ‘berbohong’ di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor apabila pada 31 Oktober lalu, semasa menjawab persoalan Dr Hassan Ali, beliau menolak tawaran tanah tersebut dengan alasan tidak mampu membelinya?

TENG CHANG KHIM: Sama ada beliau berbohong atau tidak, siasatan BPR akan membuktikan segala-galanya. Oleh demikian, pasukan khas perlu ditubuhkan segera. Ini bertujuan untuk memantau segala tuduhan dan penjelasan beliau sama ada benar atau tidak. Justeru, badan yang paling sesuai menjalankan siasatan ini adalah Badan Pencegah Rasuah (BPR).

MEMO16: Tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh BPR.

TENG CHANG KHIM: Ya. Saya tidak menafikan perkara ini. Hal ini amat mengecewakan. Sehingga sekarang BPR tidak kelihatan dapat melakukan apa-apa. Malah tiada kenyataan yang dikeluarkan segera. Ini adalah perkara yang memalukan BPR kerana tiada memberi apa-apa respons. Tidak semestinya bila mereka sedang menjalankan siasatan mereka tidak boleh memberi kenyataan. Yang penting mereka mesti bertanggungjawab terhadap orang awam dengan memaklumkan kepada mereka terutama yang membabitkan kes-kes besar seumpama ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com