UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Keluar BA tidak semestinya rugi’

Terjemahan : WARTAWAN MEMO16

Berikut adalah temubual dengan Setiausaha Agung DAP, KERK KIM HOCK khususnya mengenai tindakan parti itu keluar dari Barisan Alternatif dan prospeknya di masa depan selepas berpisah dengan PAS.

Ramai berpendapat sokongan terhadap DAP semakin berkurangan ekoran penyertaannya ke dalam pakatan pembangkang. Adalah saudara merasakan yang keadaan akan berubah sekarang kerana DAP telah keluar dari pakatan?

KERK KIM HOCK: Saya mahu menyatakan di sini bahawa keluarnya kami dari pakatan tidak bermakna kami sekarang musuh mereka.

Kami masih boleh bekerjasama dalam isu-isu berkaitan dengan kepentingan ramai. Saya percaya apabila tiba pilihan raya umum, pembangkang akan memikirkan satu bentuk kerjasama bagi mengelak wujudnya pertindihan dalam pertandingan merebut kerusi.

Bersendirian tidak semestinya bermakna kami rugi. Kami sekarang mampu membuang beban Negara Islam (teokratik) yang merupakan penyebab utama kekalahan teruk DAP di dalam pilihan raya lalu.

Dengan ketiadaan beban ini kami berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapatkan kembali sokongan tradisi kami.

Berdasarkan keputusan pilihanraya 1999, kami mendapat maklumbalas yang mengesahkan ia satu-satunya faktor paling utama persembahan teruk DAP. Jika kami bergerak sendirian, kami dengan senang-senang boleh memenangi lebih 20 kerusi Parlimen. Ini berdasarkan semua penilaian yang telah kami buat selama bertahun-tahun dan mood selepasnya.

Apabila pilihan raya diadakan pada 1999, apa yang paling kami takuti ialah BN akan mengeksploitasi isu Negara Islam, tetapi kami juga mempunyai pengikut-pengikut hardcore yang memberitahu bahawa mereka tidak menyokong kami kerana kami bergabung dengan PAS.

Dalam pilihan raya di Sarawak, insiden 11 September menjadikan keadaan semakin teruk. Ia mewujudkan rasa ketidaktentuan dan ketakutan kepada semua orang.

BN sekali lagi telah mengeksploitasikan isu ini dan menggesa orang ramai mesti menolak apa-apa yang kelihatan ekstrim dan sudah tentu gabungan kami dengan PAS telah dieksploitasikan secukupnya.

Padahal, semuanya adalah kerana politik ketakutan. DAP dikaitkan dengan PAS dan PAS dikaitkan dengan Taliban.

Mengetahui bahawa berada di dalam pakatan pembangkang telah memberikan beberapa rintangan kepada DAP, mengapa keputusan untuk keluar itu hanya dibuat setelah dua tahun dan bukannya terus keluar selepas pilihan raya?

Kami tahu dengan menyertai gabungan dengan PAS, kami terpaksa menghadapi banyak risiko. Malah kami juga mungkin akan ditolak secara total.

Tetapi selepas pilihan raya 1999, kami dapati kami masih perlu mempertahankan gabungan. Sudah tentu kami lakukan itu dengan harapan ia akan membawa beberapa perubahan politik dan kami bersedia untuk berpegang kepadanya.

Memang tidak dapat dinafikan yang kewujudan gabungan ini adalah satu perkembangan bersejarah dan DAP sudah bersedia untuk memastikannya berjalan lancar. Di sebalik pelbagai masalah yang dicetuskan oleh PAS, kami bersedia untuk memberikan peluang seterusnya kepada gabungan itu.

Kami beritahu mereka yang DAP akan mencuba sebaik mungkin untuk memastikan PAS tidak akan menjadi ekstrim. Senario keseluruhannya bagaimanapun berubah apabila PAS secara terbuka mengumumkan bahawa ia akan mengamalkan konsep Negara Islam sekiranya berkuasa.

Pencabulan perjanjian antara gabungan parti-parti pembangkang tiba-tiba sahaja menukar seluruh mood. Memang sebelum ini pun ramai yang menjangkakan PAS akan menjadi ekstrim, sekarang mereka berkata inilah parti yang mereka tidak boleh percaya.

Orang ramai tidak lagi mahu mendengar kata-kata saya atau pemimpin-pemimpin saya walaupun kami telah memberikan jaminan kepada mereka. Mereka mahu tahu apa sebenarnya pendirian pemimpin-pemimpin PAS.

Tiba-tiba sahaja kami mendapati gabungan ini tidak dapat dipertahankan lagi.

Kami rasa sudah sampai masanya kami bersemuka dengan PAS dan seperti yang saudara tahu kami tidak dapat mencapai kata sepakat dan akhirnya kami memutuskan apa yang terbaik adalah keluar dari pakatan.

Saya juga mahu menegaskan yang selepas pilihan raya umum 1999, DAP telah mula mendesak supaya dicari penyelesaian segera kepada isu Negara Islam. Adalah tidak benar kami hanya menunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Malah kami pernah menganjurkan dialog antara-tamadun di mana kami menjemput pemimpin-pemimpin PAS untuk menerangkan polisi-polisi mereka dan apa yang mereka mahu buat dan sebagainya.

Terdapat pandangan negatif yang mendakwa sekiranya DAP keluar daripada pakatan, ia sudah pasti akan mati. Tetapi saya boleh katakan pada saudara hari ini, berdasarkan respon yang kami perolehi, kami yakin telah membuat keputusan yang tepat.

Kami tidak ragu-ragu lagi yang pengikut-pengikut hardcore kami akan kembali kepada kami. Sudah nyatalah ramalan-ramalan tentang kematian DAP adalah tidak benar dan kami percaya yang orang-orang yang tidak menyokong kami pada pilihan raya umum 1999, akan kembali menyokong kami.

Kami amat pasti yang mereka sebenarnya tidak setuju terhadap pakatan kami dengan PAS.

Adakah saudara fikir yang hubungan saudara dengan PAS akan terus menghantui masa depan DAP?

Tidak diragukan lagi ia akan memberi ruang kepada BN untuk mengeksploitasi isu ini. Walau bagaimanapun, jika saudara melihat kepada rekod-rekod DAP, saya percaya ramai orang menyedari yang parti kami berpegang teguh kepada prinsip. Kami bergerak di atas landasan yang biasa dan kami keluar dari pakatan pembangkang kerana prinsip-prinsip kami. Kami percaya rekod kami akan menjadi sumber kekuatan kami.

Adakah keputusan untuk keluar pakatan adalah sebulat suara atau wujud beberapa kelompok di dalam parti?

Terdapat beberapa perbezaan pendapat tetapi keputusan undian di kalangan ahli jawatankuasa pusat menunjukkan majority kami mahu keluar dari pakatan. Tetapi di dalam keadaan seperti ini, memang akan terdapat perbezaan pendapat.

Sehingga hari ini, saudara tidak mendengar seorangpun daripada DAP yang keluar parti berhubung dengan isu ini. Ini menunjukkan ia diterima ramai.

Dengan berlakunya kemasukan semula PBS ke dalam BN, adakah saudara fikir DAP boleh mengisi kekosongan pembangkang di Sabah.

Ini adalah satu peluang baik bagi DAP untuk kembali bertapak di Sabah. Malah semasa PBS berada dalam BN, DAP ada empat orang ahli Parlimen dari Sabah. Tetapi selepas PBS keluar dari BN, apa yang kami katakan kepimpinan pembangkang di sana telah diambil-alih oleh PBS. DAP dan KeADILan yakin dapat mengisi kekosongan ini.

Mengapa babitkan sekali KeADILan?

KeADILan telah bertapak di sana. Pada masa ini kami hanya boleh menumpukan kepada beberapa kawasan sahaja. Kawasan-kawasan lain akan diisi oleh KeADILan.

Penyertaan semula PBS ke dalam BN menggambarkan formula mencari kata-sepakat antara semua bangsa dalam gabungan parti pemerintah adalah popular. Adakah DAP akan mempertimbangkan untuk menyertai BN?

Pertamanya, kembalinya PBS ke pangkuan BN saya rasa tiada kena-mengena dengan menjadi atau tidaknya formula BN. PBS terpaksa kembali kerana jia tidak berbuat demikian ia tidak akan sampai kemana. Bagi DAP, kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam sebarang isu yang menyangkut kepentingan ramai, tetapi isu sama ada DAP akan menyertai BN, ia menyentuh masalah keserasian idealogi, prinsip dan juga dasar. Pada masa ini saya tidak rasa kami ada keserasian.

Pada pandangan saudara, bagaimanakah prestasi DAP di dalam pilihanraya akan datang?

Walaupun isu 11 September akan menjadi satu daripada faktor utama yang berkesan terhadap pembangkang, DAP optimis dalam membuat comeback yang kuat dalam pilihan raya umum nanti.

Di sebalik menjadi satu parti yang pelbagai bangsa, DAP telah gagal untuk membuang imejnya sebagai parti kaum Cina. Kenapa begitu?

Selagi politik rakyat Malaysia didominasikan oleh politik berdasarkan suku bangsa, ia amat susah bagi mana-mana parti untuk mencapai kejayaan.

Jadi, inilah realiti politiknya. Bagi DAP, kami akan mencuba sedaya kami tetapi kami tidak pernah berjaya menarik ramai ahli dari orang Melayu.

Kerjasama kami dengan Semangat 46 dan juga dengan pakatan Pembangkang telah memberi peluang kepada kami untuk sampai kepada ramai orang Melayu.

Walaupun tidak ramai yang menyertai kami, saya percaya tanggapan dan penerimaan mereka terhadap DAP telah berubah pada tahun-tahun selepasnya. Lihat sahaja keputusan pilihan raya di Kota Melaka pada 1999.

Jika tidak kerana pengundi Melayu, majoriti saya mungkin hanya lebih-kurang 5,000 tetapi saya mendapat lebih daripada 9,000 undi. Selepas bertahun-tahun, dari segi penerimaan, DAP telah berjaya memenangi hati orang-orang Melayu, tetapi keahlian tidak begitu menggalakkan. Imej DAP sebagai parti orang Cina tidak mudah untuk dikikis. Perkumpulan nampaknya didominasi oleh satu bangsa sahaja.

Pada pilihan raya akan datang, tidakkah kerjasama antara parti-parti pembangkang akan musnah sekiranya pembangkang melawan satu sama lain?

Inilah yang kami semua perlu hindari. Dengan lain perkataan, di kawasan-kawasan yang DAP bertanding, Barisan Alternatif mesti mengundur diri. Begitu juga di kawasan-kawasan yang Barisan Alternatif bertanding, DAP mesti mengundurkan diri.

Adalah saudara fikir PAS akan bersetuju?

Dari segi pertindihan kerusi, DAP dan PAS tidak pernah ada sebarang masalah. Pertindihan juga berlaku dengan KeADILan.

Jadi, apa rancangan saudara dalam menyelesaikan isu ini dengan KeADILan dalam pilihan raya umum akan datang?

Ia tidak akan menjadi pertandingan habis-habisan kalau berlaku pertindihan kerusi. Mungkin peratusnya adalah sedikit. Susah untuk meramalkannya sekarang. Saya tidak fikir parti-parti yang mahu menang akan membazirkan masa mereka bertanding sesama mereka sendiri dengan rakan-rakan dari parti-parti Pembangkang.

Jika kami tidak mengelakkan pertindihan kerusi secara total, sekurang-kurangnya kami boleh mengelakkan sebilangan besar daripada pertindihan itu. Bagi sesetengah kerusi, ianya amat nyata yang ia sama ada DAP, PAS atau KeADILan. Persoalannya sebanyak mana? Ia telah berlaku sejak kami masih di dalam pakatan lagi. Saya percaya mempunyai deria politik yang baik akan mengelakkan perkara ini. Kalau tidak ia akan memberi kemenangan yang mudah kepada BN.

Suara-suara menentang di dalam parti kelihatan semakin lantang. Ketua Pemuda DAP Teng Chang Kim baru-baru ini telah mendesak Lim Kit Siang supaya tidak meminta dipilih semula di dalam parti. Di Melaka juga terdapat kemurungan di kalangan pimpinan parti seperti yang ditunjukkan oleh pertelingkahan baru-baru ini. Adakah saudara berpendapat ahli-ahli mahukan perubahan pucuk pimpinan sekarang?

Ini adalah dua masalah yang berbeza. Masalah memang wujud dalam semua pertubuhan. Mao Zedong pernah berkata: “Adalah sesuatu yang amat pelik jika tiada pecahan-pecahan di dalam parti.”

Sekarang ini orang-orang di dalam parti sudah mula menyuarakan pandangan mereka dan kami sekarang memberikan lebih banyak ruang untuk menyatakan pandangan yang bertentangan. Sudah tentu Teng boleh menyuarakan pandangannya tetapi delegasi-delegasi memutuskan yang Kit Siang dibenarkan untuk meneruskan tugasnya.

Saya tidak fikir perkara ini ditafsirkan sebagai terdapatnya pergerakan besar atau kempen melawan Kit Siang. Jika saudara mdapat membuat laporan terhadap pandangan semua parti, saudara akan dapati terdapatnya pendangan-pandangan yang bertentangan. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana serius atau meluasnya pertentangan itu.

Adakah pertentangan itu boleh membawa kepada ketidakstabilan dan perpecahan di dalam parti? Saya tidak fikir begitu. Dalam mana-mana pertubuhanpun saudara akan berhadapan dengan perkara semacam ini. Untungnya pertelingkahan-pertelingkahan ini bukanlah mengenai matlamat dan polisi parti.

Walau bagaimanapun, apa yang menyedihkan ialah kadang-kadang pertelingkahan-pertelingkahan ini hanya mengenai perkara remeh-temeh yang tidak memberi apa-apa keuntungan. – terjemahan NST






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com