UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Rayuan Aidilfitri Buat Fadzil Noor, Azizah, Kit Siang, Syed Husin Ali

Oleh : IKMAL SYAFIQ

Raya sudah berlalu. Kini parti pembangkang mesti mencari jalan penyelesaian ke atas kemelut yang melanda gabungan parti-parti pembangkang yang ada. Biar duduk semeja, berbincang secara terbuka, termasuk dengan DAP.

Walaupun DAP sudah keluar BA, tapi ia tetap parti pembangkang utama. Boleh di luar BA, tapi kerjasama dan hubungan harus dieratkan.

Saya cukup risau kalau keadaan buruk ini berterusan. Sekarang adalah era jerubu buat pembangkang. Kayu ukurnya akan diuji dalam pilihan raya di Indera Kayangan, Perlis.

Pembangkang yang kuat menyebabkan rakyat yang untung. Pemerintah tidaklah rakus sangat untuk kaut segala hasil mahsul negara, sepertimana Khir Toyo dan konco-konco merampas tanah di Selangor, bagaikan negeri itu harta mak bapak mereka.

Saya merayu untuk kesekian kalinya kepada Fadzil Noor, Wan Azizah, Syed Husin Ali dan Lim Kit SIang agar segera bertemu bagi merapatkan saf pembangkang menghadapi era jerubu ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com