UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Catatan menarik di PKNS Petaling Jaya dan Pejabat DUN Selangor, Shah Alam

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Berikut adalah catatan ringkas wartawan Detikdaily mengenai isu lambatnya pihak Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor mengeluarkan laporan ataupun penyata perbahasan DUN Selangor yang heboh tentang isu rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo:

KISAH SATU

Kami telah cuba beberapa kali menghubungi Pejabat SUK Dewan Undangan Negeri Selangor untuk bertanya tentang hansard Belanjawan 2002 Negeri Selangor. Namun jawapan yang diberikan masih dalam proses draf oleh Menteri Besar.

Hari seterusnya, kami hubung lagi, dan berjaya bercakap dengan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan, Noraliza Mat Saad berkenaan hansard tersebut, berkata: “Sepatutnya hansard tersebut telah diedarkan pada bulan ini. Tetapi kelewatan ini berpunca dari Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo yang menangguh-nangguhkan draf hansard. Pada awal kami sudah hantar empat buku hansard dan Khir telah memulangkan kembali tiga daripadanya.

“Tetapi Khir meminta kembali semula ketiga-tiga hansard dari pejabat SUK. Oleh demikian, keempat-empatnya masih ada padanya,” cerita Puan Noraliza.

Tegasnya, “kelewatan ini berpunca dari Menteri Besar Selangor. Pihak kami memang menelefon setiap hari ke pejabat Menteri Besar bagi mengingatkan hal tersebut.” Terang beliau bersungguh-sungguh.

Berikut pula adalah catatan wartawan Detikdaily tentang isu tawaran tanah PKNS kepada Dr Khir Toyo, yang juga Pengerusi PKNS sendiri. Ia menimbulkan syak kerana tawaran itu disifatkan sebagai tangan kanan memberi kepada tangan kiri. Dan bagaimana pula dengan potongan atau diskaun sebanyak 50% ke atas tanah tapak banglo di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

KISAH DUA

Kali pertama menghubungi. Pengerusi Hal Ehwal Tanah PKNS, Puan Khamisah dimaklumkan mesyuarat dan dijawab oleh pembantu beliau Puan Norma, tetapi beliau tidak boleh memberi apa-apa komen tentang jualan tanah PKNS kerana bukan bidang kuasanya.

Dan talian kami disambung pada Pegawai Perhubungan Tanah Encik Wazir, tetapi tidak dapat menjawab soalan dikemukakan, kerana kata beliau, hal ini memerlukan kajian. Dan meminta kami menghubungi ketua PRO iaitu Encik Salim Yusof, namun mengecewakan selama tiga hari berturut-turut beliau sibuk dengan mesyuarat.

Dan juga turut menghubungi Dato’Haji Harun Salim Pengurus Besar (PKNS) bagi mendapatkan pengesahan maklumat tentang surat tawaran pengurusan PKNS dengan Khir Toyo, mengecewakan juga. Menurut setiausahanya, Dato’ Harun mesyuarat dan soalan tersebut bukan bidangnya untuk menjelaskan perkara itu, terang setiausaha bersungguh-sungguh.

Kali terakhir kami menghubungi Puan Khamisah sekali lagi, tetapi dimaklumkan beliau mesyuarat di SUK Selangor. Namun kali ini penerima telefon agak keras, beliau terus menghempaskan telefon tanpa sebarang kata-kata.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com