UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ambil tindakan Guru Besar ketepikan perpaduan kaum

Oleh : GURU REFORMASI

Bidang Pendidikan Negara bukan sahaja mendapat perhatian umum , malahan seluruh manusia berusaha mendapatkan ilmu , kerana ianya merupakan asas kepada kemajuan hala tuju pendidikan dan kemajuan negara. Namun tugas dan tanggungjawab ini kerapkali menimbulkan berbagai reaksi positif dan nagatifnya sesuatu sistem dalam bidang pendidikan sesebuah negara.

Di negara kita dari sistem pendidikan bercorak British yang diperkenalkan selain sekolah-sekolah pondok, bukan sahaja bertujuan untuk mencari keuntungan atau dasar pecah belah, malahan ianya adalah bertujuan supaya pihak-pihak yang melaksanakan dasar-dasar pendidikan harus menjadikan pendidikan sebagai satu alat kepada perpaduan kaum.Matlamat dan dasar sahaja tidak mencukupi jika pelaksana di sekolah- sekolah buta kayu.

Perlaksanaan di sekolah-sekolah banyak bergantung kepada keupayaan Guru Besar untuk mentadbir dan meneruskan arahan pihak penggubal dasar pendidikan (PPK)dan bukannya untuk kepentingan kerjaya atau usaha-usaha menaikkan nama sekolah.Banyak Guru besar menekan para Guru untuk menaikkan nama sekolah dan bukannya berdasarkan kepada dasar pendidikan kebangsaan yang mengkehendaki supaya semua murid sekolah haruslah dibolehkan menerima dan mendapat pendidikan semampu mungkin.

Kita dapati sejak akhir-akhir ini dilema Guru Besar ialah berlumba-lumba bagi menaikkan nama sekolah kerana beberapa sebab.

1. Jika nama sekolah berjaya dinaikkan melalui sebarang aktiviti baik kurikulum atau ko-kurikulum , maka sekolah tersebut akan diberikan kedudukan yang terutama dan layanan yang baik dari pihak PPD dan JPN.

2. Nama Guru Besar tersebut akan terangkat kerana berjaya dalam berbagai bidang.

Atas alasan seperti inilah , maka kita dapati bahawa banyak Guru Besar menekankan kepada keupayaan murid-murid sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan tujuan ini ialah agar tidak menjadi sekolah tercorot dari kebanyakkan sekolah lain.

Mungkin alasan ini amat nipis sekali untuk dikaji, tapi sistem yang mebentuk kepada perubahan dasar-dasar tadi apabila sampainya disekolah. Tanggungjawab tadi telah diolah oleh Guru Besar berdasarkan kepada taraf pencapaian akademik sekolah tersebut. Di kalangan Guru besar pula sikap berlumba-lumba ini amat ketara dengan pencapaian yang diperolehi dibawah bidang pentadbiran sendiri.

Kita banyak mendengar akan kesalahan yang dilakukan oleh Guru Besar misalnya memaksa guru-guru hadir bermesyuarat pada hari cuti umum yang di istiharkan oleh kerajaan. Kita juga mendengar bagaimana Guru Besar menyembunyikan murid-murid lembam yang ingin menduduki peperiksaan. Kita juga mendengar bagaimana Guru Besar menyalahgunakan wang sekolah dan duit komissen yang masuk poket. Malahan berbagai-bagai lagi sistem yang diwujudkan di peringkat sekolah yang diperkenalkan oeh Guru Besar.Akan tetapi oleh kerana Guru Besar mempunyai Majlis sendiri, maka biasanya golongan ini terlepas begitu sahaja. Tidak ada pun sebarang tindakan diambil atau ditukarkan ke tempat lain. Inii adalah sikap double standard kemnterian Pendidikan menjaga Guru besar.

Tugas Guru Besar sudah melencong, dari sebagai seorang pentadbir, kepada seorang kaki ampu sana ampu sini dengan membuat bukan sahaja kerja-kerja luar, malahan banyak yang menjadi dan memegang jawatan dalam politik, malahan yang banyak ialah memegang jawatan dalam parti UMNO. UMNO bukanlah kerajaan. Ianya sama sahaja dengan lain-lain parti. Akan tetapi jika guru yang menjawat jawatan dalam parti pembangkang, Guru Besar tadilah yang akan merepot kepad JPN untuk ditukarkan Guru terbabit nun jauh di pedalaman.

Ada juga Guru Besar yang hanya tahu main muzik, tapi pentadbiran macam merba. Ini tidak harus berlaku kerana tugas dan tanggungjawab Guru Besar ialah memberi dorongan dan galakkan yang cukup kepada para guru. Kuasa Guru besar telah melebihi bidang pentadbiran dan amanah negara. Jika ini berlaku Guru Besar terbabit boleh didakwa kerana mengenepikan hak-hak individu untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Kita akui pengalaman Guru Besar dalam pendidikan yang lama misalnya 15 ke 20 tahun sebelum menjawat jawatan guru besar. Kebanyakkan yang ada pada hari ini ialah Guru Besar ini kebanyakkannnya lulusan SPM di tahun 60an dan 70an, jika sistem itu perlu diubah, maka taraf akademik juga perlu dipertingkatkan dikalangan Guru Besar.Memang betul, taraf akademik bukan pengukur, tapi kita harus mengakui bahawa taraf akademik memainkan peranan yang besar dalam perlaksanaan dan usaha-usaha mempertingkatkan keberkesanan sistem pendidikan tersebut.

Namun demikian di pihak Kementerian Pendidikan usaha-usaha ini tidak dilihat positif kerana usaha untuk mengambil hati guru-guru lama. Jika Guru lama ini ditahap akedemik yang juga lama, maka sistem apa sekali pun jika dilaksanakan akan tetap tidak akan berubah kerana kekurangan ilmu. Misalnya hari ini, masih banyak Guru Besar yang langsung tidak tahu menggunakan komputer, bagaimana nak mengajar anak murid yang lebih mahir menggunakan komputer. Ini secara tidak langsung merosakkan imej sistem pendidikan itu sendiri. Ini adalah salah satu dari contoh kecil untuk membandingkan taraf pendidikan pada hari ini.

Jika peningkatan akademik sudah dicapai , maka taraf tersebut juga harus di wujudkan dengan peningkatan taraf kelayakkan seseorang Guru Besar untuk mentadbir sesebuah sekolah. Betul , bukan kerana taraf akademik akan meningkatkan lagi keberkesanan sekolah, namun sistem dan taraf pendidikan sudah meningkat maju.Kita tidak mahu Guru besar yang lulusannya sejak tahun 50an tidak berubah sehingga ke hari ini dari segi kelayakkannya. Malah jika usaha-usaha meningkatkan pengambilan bilangan Guru Besar dikalangan guru-guru yang berpengalaman 10 tahun dan kemudiannya guru-guru ini pula berusaha meningkatkan pencapaiannya ilmunya dengan usaha sendiri, apa salahnya diberi peluang kerana dari segi ilmunya dan usahanya mendapatkan ilmu.

Adalah tidak logik dengan mendakwa bahawa tujuan pengasingan murid adalah kerana matapelajaran pendidikan Moral. Guru besar boleh menjadualkan seseorang guru pendidikan Moral walaupun terpaksa mengajar seorang murid. Bagaimana jika perkara ini terjadi kepada anak anda ?. Adakah anda bersetuju untuk anak anda yang berada di kelas pertama kemudiannya di tukarkan di kelas kedua?. Ini tentu tidak adil.

Sikap Kementerian Pendidikan yang memberi kuasa pentadbiran kepada Guru Besar amatlah tidak wajar. Namun mulai hari ini kajian semula Jawatan Guru Besar harus juga mengambil kira seliaan pengalaman, kelayakkan dan peningkatan dari segi taraf akademiknya. Usaha guru-guru yang melanjutkan pelajaran harus di ambil kira. Ramai di kalangan guru-guru yang berjaya menaikkan taraf akademik mereka dari mengajar di sekolah rendah ke sekolah menengah. Kelayakkan dari SPM,STPM,DIPLOMA kepada taraf Ijazah. Golongan inilah yang boleh diberi kepercayaan dan asuhan bagi menjawat jawatan Guru besar. Ini adalah hadiah kepada kegigihan golongan ini Kenapa ini tidak disedari oleh pihak Kementerian.?






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com