Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Dr. AQ : MELAYU KIAN TERCABAR (1)

Semua orang bersetuju bahawa pendidikan merupakan nilai yang tertinggi sekali dalam kehidupan mansuia. Masing-masing bangsa dan individu yang berjaya, secara murni adalah menurut tingakat dan taraf ilmu yang mereka punyai. Seorang doktor perubatan, seorang saintis, biasanya dahulu diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat. Pendek kata, semua ilmu berguna dan diperlukan oleh masyarakat sepanjang zaman. Rendah ilmu maka rendahlah kedudukan masyarakat itu.

Perangkaan

Orang Melayu sebagai bangsa (kaum ?) terterkumpul dalam satu ikatan unsur Islam, tanah-air, bahasa, budaya dan berbagai landsan rasa senitimental yang secara warisan, ia dijaga dari masa ke masa dengan "perjuangan". Unsur ikatan orang Melayu tersebut sering diceroboh oleh berbagai pihak baik dari dalam maupun dari diluar negara. Saluran serangan itu melalui tekanan politik, ekonomi, budaya dan berbagai bentuk baik secara langsung mahupun tidak langsung. Akibatnya, ini Melayu yang berada dalam negara merdeka tetapi masih "berjuang" meskipun mengenai hak istimewa yang tercatat dalam perlembagaan. Ekonomi, tanah, air termasuk bahasa Melayu sendiri pun mereka kena "berjuang". Lihat kembali bagaimana perjuangan tersebut tercatat dari tahun ke tahun. Unsur Islam, tanah, air, bahasa dan budaya mssih jadi suatu "isu" dan dipertikaikan bukan sahaja oleh orang yang di luar ikatan unsur Melayu itu tetapi juga orang Melayu sendiri sudah tidak "mahu" faham dan mengabaikannya. Ini bukan soal hanya segelintir, bahawa manusia Melayu yang menonggang "nama Melayu", dan kerana Melayu maka ia diberi jawatan dalam isntitusi kerajaan ataupun syarikat swasta bukan Melayu. Persoalan isunya ialah mereka itu mempunyai status dan peranan yang boleh membuat keputusan dan melaksanan membuang tanggung jawab warisan bangsanya. Cium Kaki

Secara "kasar" sebut sahaja Melayu maka terbayang "indikator" kelesuan : semua unsur menurun. Maka jika "pernyataan" ini dapat dicabar perangkaan (statistics) yang telus dan jujur bahawa sebenarnya orang Mealayu sudah jauh maju dalam setiap unsur yang mengikat mereka, penulis sanggup "cium" kaki pembentang kemajuan.

Untuk mempastikan keadaan sebnar, maka "perangkaan" yang telus dan sah hendaklah disiarkan. Dengan demikian, maka dengan itu dapat ditentukan tahap mana orang Melayu berada dan apa yang dilaksanakan sekarang. Persoalan yang perlu dijawab :

1) Sejauh mana Islam difahami dan dilaksanakan oleh orang Melayu selama ratusan tahun sejarah perkembangannya di tanah air ini ?

2) Seluas mana tanah yang dipunyai dan dikuasai oleh orang Melayu yang punya negara ini ? Dan bagaimana dengan isi tanah dan hasil hutan dan tanaman, siapa yang menikmatinya ?

3) Sebanyak mana air di sungai dan di laut yang dikuasai oleh orang Melayu ? Air galian dan segala kehidupan air siapa yang menikmatinya ?

4) Bahasa Melayu sejauh mana kewibawaannya ?

a) Siapa yang berminat lagi bahasa Melayu dan mati-matian mempertahankan secara jujur ?

b) Malangnya, apa yang terlihat ialah keadaannya : bahawa "kian bertambah bilangan" orang Melayu sendiri tidak pedulikan bahasa Melayu ; isntitusi bahasa Melayu, termasuk kewibawaan "pengajian" Melayu di universiti pun, seperti "meumpang", "hidupa segan mati tidak mahu". Buku dan penulisan dalam bahasa Melayu yang berwibawa kian menurun bilangannya. Nasib bahasa Melayu yang malang ini, hanya dapat "ditolong" oleh penerbitan Indonesia yang miskin ! [jika tidak, sudah lama bahasa Melayu lumpuh, lembek sepertii sayur, bukan ?]. Bahasa Melayu sekarang kian mundur dan ketinggalan, bukan sahaja oleh bahasa Inggeris yang memang gagah, tetapi juga dikukur dengan kemajuan bahasa Tamil dan China !.

5) Budaya Melayu ikut serta jadi lemah dan lembek. Sebabnya, fokus masyarakat umum dan juga masyarakat Melayu selama ini sangat tertumpu kepada "kebendaan". Orang ramai, termasuk juga para ilmuan, mengejar "kebendaan" dengan mengabaikan bidang yang lain, terutama nilai unsur ikatan bangsanya : mengabaikan dasar keteguhan Islam, "tanah-air", bahasa dan landsan unsur "sentimental" yang baik.

[Fokus ekonomi yang berdasarkan sistem "kapitalis-kebendaan" ini memang diminati oleh hampir semua manusia kerana ia "seronok" seperti orang berjudi dan berhibur. Akibat : kian lama kian kurang jumalah yang berutung. Apapun akhirnya mereka juga akan jatuh di dalam belon yang bocor !.]

~Desember, 2001.

Sambung : Melayu Kian Tercabar (2)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com