Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Dr. AQ : MELAYU KIAN TERCABAR (2)

MEMERIKSA KELEMAHAN DAN TINDAKAN

Jika masyarakat dan negara mahu selamat daripada segala macam akibat runtuhan penyakait masyarakat ; dan jika orang Melayu mahu kekal dengan Melayu, seperti juga orang bukan-Melayu yang tidak mahu meleburkan sandaran unsur "sentimental" mereka, maka kajian dan tindakan segera mesti dibuat. Antara lain ialah sebagai berikut : Pertama, keluarkan perangkaan yang sah dan telus tentang kedudukan orang Melayu dalam segala bidang kehidupan yang antara berasas pada Islam, tanah-air, bahasa dan budaya. Kedua, ilmu dan pendidikan menjadi fokus utama.

a) Ilmu tidak boleh dijual beli atau diperdangakan seperti sekarang.

b) Ilmu menjadi hak rakyat dan dikelolakan oleh yang punya ilmua iaitu ilmuan. Dengan kata lain, ilmu bukan dipunyai oleh orang politik dan pemberi wang.**

c) Bersihkan isntitusi ilmu dengan ilmu yang hak (ilmiah).

d) Kembangkan penyeledikan dan pembangunan (R&D) menurut dasar dan tujuan yang murni ; dengan kata lain ia tidak untuk jadi alat bagi kepentingan sesebuah syarikat swasta yang mengaut untung

e) SESUDAH MENGETAHUI KELEMAHAN UNSUR IKATAN ORANG MELAYU, semua isntitusi dan jabatan yang berkaitan dengan Islam, tanah, air bahasa dan budaya hendkalah bekerjasama dengan kepimpinan bersifat "kolektif" dan berwibawa. Strategi kewangan dan perancangan hendaklah jelas dan selaras.

[Buanglah fikiran dan alsaan politik dan sikap pasif yang sering menhantui sehingga terbit kata-kata bahwa "kita" ini msikin ; nanti ..."mereka tidak membantu jika tidak turut kehendak mereka...]

Ketiga, SEJARAH : Apakah Melayu sebagai bangsa (kaum?) sedang berada di paras "bahaya" apabila dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia dan masyarakat yang maju di dunia ?. Tidak menjadi salah jika kita menyatakan bahawa sudah ramai pemimpin Melayu dan cendekiawan Melayu sudah lupa sejarah lima 05, 10, 20, 30,40, 50, 100, 500 1000 tahun dan seterusnya jauh ke belakang. Sebabnya mereka terpengaruh dengan umpan "melihat ke depan" (futuristic) berbentuk "kapitals-kebendaan". Mereka tidak mengerti tentang asas ujudnya bangunan institusi Melayu yang mereka duduki sekarang. Bahawa bangunan itu sudah diubah-sesuai asasnya. Dengan kata lain dalam bidang pendidikan umpamanya mereka lupa dan tidak mengerti bagaiamana mereka telah dididik hasil dari ujudnya Penyata Razak 1956 (Ordinan pelajaran 1957), dan Abdul Rahman bin Talib 1960 (kaji semula) diterima oleh kerajaan. Begitu juga mereka juga lupa perjuangan Melayu dan Islam jauh sebelum merdeka, jauh sebelum sebelum munculnya Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman. Penulis tidak begitu pasti "penyata" apa atau yang mana satu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan selama ini. Apa yang terlihat, hasilnya adalah ketidak-imbangan berlaku bagi orang Melayu dalam badang pendidikan ! Sesungguhnya, apa yang didengar dan dibaca dari berbagai penulisan, antara lain ditulis oleh Datuk Zainal Abdidin bin Abdul Wahid*, keluhan, dalam mseyuarat agung parti politik Melayu, termasuk UMNO sendiri, penyataan "kekecewaan" peserta dalam beberapa seminar pendidikan dan seminar menengai "Orang Melayu" secara umum, telah tidak memberi nafas yang lega. Malahan ia merupakan sejenis penyakit barah . Sejarah mencatitkan bahawa kuasa Melayu, kian merosot, bukan sahaja dalam bidang pendidikan atau "kewibawaan interlektual", tetapi juga dalam semua bidang kehidupan termasuk politik. [sila kembali kepada usnur keteguan sesuatu masyarakat termasuk Melayu] Penguasaan dan Pembuat Keputusan.

Satu trend yang ujud dalam sistem Barat yang berideologi dan berfalsafah, dalam semua negara, di dunia ini ialah tentang penguasaan kuasa dan membuat keputusan telah dimonopoli oleh tiga golongan. Pertama, orang politik (politicains) ; kedua, orang berniform dan ketiga, orang koperat. Mereka yang membuat keputusan dan bercakap kepada rakyat. Dari tiga golongan ini maka orang koperatlah sebenarnya membuat dasar kehidupan. Peranan cendekiawan sudah tidak ada. Mereka hanya menjadi alat sahaja. Malahan ilmu pun diperniagakan begitu rupa. Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) ditentukan oleh pemberi "funds" atau peruntukan. Syarikat gergasi membeli cendekiawan dengan harga yang mahal.! [perincian yang lanjut dalam hal ini boleh dikaji bagaimana persatuan atau Dewan Perniagaan satu-satu kaum memainkan pernanan politik dan pendidikan. Malahan jaringan setiap orang politik tidak terlepas dari orang koperat untuk kewangan dan orang uniform berlindung. Amerika umpamanya, mereka yang bercakap bukan lagi cendekiawan atau profesor, tetapi tentera dan orang politik yang mempunyai banyak saham istimewa dalam berbagai syarikat][ CNN umpanya, tidak lagi ada (jarang sekali) suara professor dan orang yang pakar dalam satu-satu bidang diundang. Berita dan ulasan ialah mengenai strategi "memerangi pengganas" Mereka yang bercakap ialah orang politik dan tentera sahaja dengan "gertak" dan bom.] Peranan Cendekiawan

Bagi kaum cendekiawan sekarang bukan mudah untuk mendapat suara atau tempat untuk memberikan pendapat "bebas" mereka kepada masyarakat. "sanctions" dan "corrections" dari dunia "kuasa besar" pun sudah terasa di sana sini.; perut orang kian kecut ; seri ilmu kian pudar. Kata-kata hikmah dan tasfisran dari kitab agama pun "terpilih" begitu rupa. Lembaran sejarah pun terlangkau jauh atau dibelenggu. Lembarannya tidak dibuka dengan jujur lagi. Jadi, bagaimana cendekiawan boleh memperkaktan tentang tujuan ilmu dan perananya ?

a) Aapakah ilmu di universiti menjadi "mercu-suar" atau lighthouse of the nation seperti tujuan asal sesuai dengan hakikat ilmu itu sendiri ?

b) Apakah ilmu boleh mempertahankan "prinsip" mencari kebenaran (the truth) secara ilmiah ?

c) Apakah ilmu bukan lagi untuk dijual-beli seperti barang dagangan ? Apakah ilmu untuk ilmu dan masyarakat ?

d) Apakah ilmu jadi alat untuk orang politik dan koperat ?

e) Apakah segala guru, pensyarah mempunyai suara memperkatakan tentang dasar ilmu itu sendiri ?. Siapakah yang menentukan semua itu ? Bukankah orang politik dan koperat (atas nama rakyat) yang menetukan arah ?. Mereka tidak akan melepas bebaskan kepada para ilmuan. [Analisis dan perincian mengneai ilmu dan pendidikan ini perlu dibahaskan, terutama pernanan ilmuan/cendekiawan yang kian "dididingi" oleh berbagai akta, kawalan dan periok nasi] Ini adalah cabaran yang bukan ringan dan kecil untuk di hadapi. Jalan Keluar

Pertama, para ilmuan harus sedar bahawa pada mereka bergantungnya masa depan sesebuah masyarakat dan negara ; bukan tiga golongan yang disebut di atas tadi. Peranan ilmu harus disedari kepada semua anggota masyarakat yang perihatin ;

Kedua, membersihak ilmu daripada terlalu banyak "campur tangan" orang politik dan koperat, Sebab besar ujud kepincangan ilmu ialah adanya unsur campur tangan mereka ;

Ketiga,** dengan demikain maka bahru dapat meningakat mutu ilmu dan diri ilmuan itu sendiri. Penonjolan tentang kejayaan seseorang pelajar, guru, pensyarah dan prosfesor diberi sanjungan istimewa. Bukan penghibur dan ratu cantik yang ditonjolkan dengan hadiah terbesar umpmanya ; [ satu pandangan yang boleh dibahas ialah "bahawa sesebuah universiti menjadi terkenal ialah kerana ada beberapa faktor. Satu faktor yang utama ialah universiti mempunya professor yang terkenal. Dia atau beberap orang menonjolkan "penemuan istimewa" atau pendapatnya bertaraf antara-bangsa. Satu dairpada beberapa faktor, umpamanya Universiti Malaya menjadi terkenal dahulu ialah Naib Canselor ialah orang "Eropah". Kemudian Ungku Abdul Aziz memainkan peranan aktif dalam menyelesaikan beberapa "masalah negara". Rakyat mengahrap kepada orang sepertinya, tidak banyak keada orang politik membentangkan "findings" kerana itu boleh menambah lagi masalah]

*[antara lain: siri bicara bil.5: Bahasa, Pendidikan dan Pembangunan. Terbitan Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka ; Persatuan Linguistik Malaysia, 2001].

Desember, 2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com