Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PERJUANGAN ISLAM GAGAL LAGI. MENGAPA ?

HAMPIR SETIAP kali penulis membaca atau mendengar tentang berita dan cerita mengenai "perjuangan" Islam, terutama dalam dekad ini, "perasaan" saya dan beberapa orang teman yang bersimpati, terharu. Sebabnya ialah perjuangan yang sama bentuk dan cara pendekatannya, sering "kalah" dan kemudian ia memantul kepada diri "pejuang" dan Islam itu sendiri. Islam dikutuk begitu rupa bukan sahaja oleh bukan Islam tetapi juga oleh orang Islam sendiri. Malahan ramai "pemimpin tertentu" yang bernama dengan nama Islam dan "mengaku" beragama Islam yang menjatuhkan Islam. Kemungkinan besar sebab KEGAGALAN PERJUANGAN ISLAM, antara yang kami dapat ketengahkan, di sini adalah sebagai berikut :

1. Kurang merata tentang kefahaman orang Islam tentang tujuan dan aktiviti para pejuangan dalam sesuatu persatuan. Mungkin ketiadaan media untuk menyampaikannya kepada umat Islam secara terbuka dan ilmiah. Maka ia akan jadi lebih sulit lalgi, jika perjuangan (Islam?) tersebut dibuat secara "berrahsia". Begitu perjuangan Islam yang bercampur aduk dengan perjuangan yang berdasarkan pada perkauman dan kebangsaan dan unsur bukan-Islam*.

Orang Arab umpamanya, masih tebal dengan pengaruh "keAraban" setempat.

[*Dalam berbagai perjuangan Islam, baik dimana sahaja, bahawa biasa terengar perkataan "Islam" jika "mereka"berada dalam kesusahan atau hampir gagal terancam oleh pihak luaran.; tetapi, sebaliknya jika mereka rasa boleh tahan dan akan berjaya (disokong oleh golongan "sekular" unsur luaran) maka mereka tidak mahu mendasarkan perjuagan mereka pada Islam. Lihat sahaja waktu mereka "minta duit.", tanpa progam yang terang, maka disebutlah Islam dan pahala!]

2. Kesempitan pandangan. Sebab utama ialah keangkuhan diri pemimpin :.

a) Mereka bersendirian mengolah dan memutuskan perkara penting mengenai sesutu isu besar ; dengan kata lain mereka tidak suka bertanya, tetapi suka ditanya** ;

b) Masing-masing, bercakap atas nama jawatan persatuan atau parti dengan memakai gelaran atau jawatan yang disandangnya.;

c) Mereka kurang sekali bermesyuarat bersama orang lain yang pakar dalam sesuatu bidang, terutama jika pendapat orang lain itu akan tertonjol dan "beliau"rasa terpenggir dalam mesyuarat; [kata orang putih:bersikap : " sour grape" perasaan rendah diri atau kurang tahu ditutup oleh gelar dan jawatan !]

d) Ketamakan merebut isu, mencari "publicity", tetapi tidak membuat persediaan yang lengkap walaupun daripada pemikiran dirinya sendiri ;

e) Percakapan atau ulasan atau "fatwa sendirian berhad" tertakluk pula kepada dasar media yang ditemui ;

f) Malas menulis apa yang ia mahu ucapkan atau perkatakan mengenai apa yang ditanyakan '

g) **Kegemaran menjawab : ada tanya , ada jawab. Tanya sedikit, banyak jawab. Bagi penulis, sepatutnya pemimpin berkenaan "menyoal" dan bertanaya balik kepada mereka yang bertanya. [Jika tidak pandai main bola maka jangan bola itu ditangkap. Peraturan main "bola sepak" kena gelecek dan tendang ke arah gol lawan, bukan ? ; (seperti yang di nyatakan oleh seorang bekas pensyarah, Al-Qaf, bahawa kebanyakan"pemimpin Islam kita" tidak pandai main bola (kaki bangku), maka apabila orang tendang bola lantas ia bekejaran dan tangkap bola tersebut. Jika ia bijak maka ia tendang balik, bukan peluk !) ]

h) Sikap serba-tahu (master know-all) dan tidak tahan "rahsia" banayak berlaku pada pemimpin yang bercakap tentang Islam ; pendapaat mereka tanpa pendekatan ilmiah; tambahan pula jiak terdapat pengikut yang kurang ilmu, "buta" tentang dasar dan pendekatan hukum fekah. Dengan kata lain mereka jadi begitu "fanatik"dalam erti kata ikut buta-tuli ; ulama tidak boleh dikritik atau ditegur. Sikap memandang pemimpin mereka kurang "salah" atau "maksum" ini merupakan unsur yang membawa kegagalan dalam sesuatu perjuangan. [Padahla dalam Islam bahawa kepimpinan ulama hendaklah sentiasa merujuk kepada sumber dan orang yang pakar dalam bidang tertentu. Jika membincangkan tentang hendak buat jalan dan jambatan maka ramai jurutera, pakar ekonomi dan pakar masyakarat yang mesti mereka dengar. Maqam kasaf seseorang atau di bermuroqabah dalam uzlah dan suluk, bagi menentukan sasuatu perjuangan bukan merupakan satu syarat utama dalam mengatur cara yang perjuangan. Tambahan pula perjuangan dan atur caranya tidak disusun dengan baik dan berjngka panjang. Justeru itu, maka "apabila kamu selesai sesuatu urusan maka bekerja keraslah (urusan yang lain) ; dan kepada Tuhanmu herndakalah kamu berharap".-Al-insyirah : 7 & 8". KITA KENA USAHA DENGAN MENYUSUN STRATEGI DAN TAKTIK YANG BAIK. Justeru itu , bagi penulis, maka pemimpin dan pengikut yang berjuang dalam zaman sekarang ini, bukan sekali sekala sahaja membuat solat istikharah, malahan mereka perlu berisytikharah pada setiap malam, kerana begitu banyak isu dan masalah yang datang di hadapan pemimpin dan umat Islam. Banyak isu dan agenda perangkap yang tidak terduga muncul di masjid dan di luar tandas. Jika dijawab, maka "ia" otomatis jadi penyepak kepada diri PEMIMPIN yang menjawab. Contahnya banyak.

i) Kualiti kepimpinan, contoh kwaliti atau mutu kepimpinan nabi dan ulama terkenal tidak diikuti, walaupun mereka sendiri tahu dan memberi tahu kepada pengikut mereka tentang mutu sifat yang boleh membina Islam di setiap peringkat. [Untuk melihat mutu kepimpinan yang unggul selain daripada sifat nabi (siddiq, amanah, tabligh dan fatanah), sila baca mengenai penulisan mengenai kepimpinan dalam arkib "penulkis syber" tranung kite]

3. KESIMPULANNYA, saya kira, ummat Islam sekarang ini tidak dapat berpegang atau memberi satu kepercayaan yang teguh kepada pemimpin dan kepimpinan Islam dimana-mana di dunia ini. Ummat Islam sedang mencari atau menunggu munculnya seorang pemimpinan dengan barisan kepimpinan yang berwibawa. Namun demikian satu set rukun dan syarat kepimimpian wajib sentiasa di ketengahkan untuk menjadi pedoman pilihan dan tumpuan ummat. Semoga satu barisan kepimpinan ilmuan yang dinantikan akan lahir, untuk menggantikan orang politik, orang beruniform dan orang koperat yang mengatur dunia sekarang ini. [para ilmuan sedang jadi hamba pemberi wang] .

Allah Yang Maha Mengetahui.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF.

Dr. AQ
Ahir tahun 2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com