Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA PRESIDEN PRM

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA
Daripada Dr Syed Husin Ali, Presiden PRM

Assalamualaikum wbt

Bagi pihak diri sendiri dan juga Jawatankuasa Pusat (JKP) Parti Rakyat Malaysia (PRM), saya dengan penuh gembira mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada para anggota dan penyokong PRM dan semua Muslimin serta Muslimat.

Kita bersyukur kerana telah dapat menunaikan puasa dalam bulan Ramadan tahun ini. Kita berpuasa untuk menunaikan satu daripada Rukun Islam yang lima. Selain itu kita menunaikannya juga sebagai satu perjuangan. Selama sebulan kita berjuang menahan dugaan lapar dan segala macam hawa nafsu. Puasa menguatkan iman dan ketahanan serta disiplin diri kita.

Dengan berpuasa kita diinsafkan tentang pedih perih kelaparan golongan miskin yang kekurangan serba-serbi, bukan saja makanan. Ini seharusnya menimbulkan kesedaran untuk membela terutamanya golongan miskin, di dalam dan di luar negara, dan berusaha menghapuskan jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dengan miskin, akibat pemusatan kekayaan pada tangan segelintir manusia, di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Akhir-akhir ini kita menyaksikan beberapa peristiwa yang menyedihkan berpunca dari keganasan awam oleh individu atau pertubuhan dan juga keganasan negara oleh beberapa pemerintah tertentu. Ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa dan sengsara – terbunuh, cedera atau dizalimi. Segala bentuk keganasan dan kezaliman awam dan negara, sama ada di luar atau di dalam negeri hendaklah ditentang habis-habisan

Kita merayakan Aidil Fitri sebagai satu kemenangan dalam satu perjuangan suci. Seterusnya, kita berharap, Insha Allah, akan berjaya dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan kebajikan, terutama bagi golongan yang miskin dan dzaif - tegasnya golongan Mustadafiin – dan semua yang menjadi mangsa pemerintah yang zalim.

Kita juga menghulurkan sepuluh jari untuk bersalaman serta bermaaf-maafan.

Minal A’ideen Wal Faizeen.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com