Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Muslihat kerajaan pusat disebalik Isu Zakat

Mahasiswa Islam curiga dengan matlamat sebenar isu zakat dimainkan diakhbar Utusan Malaysia tiga hari kebelakangan ini. Mahasiswa Islam cuba mengajak semua rakyat Malaysia menilai apakah sebenarnya disebalik isu zakat yang dihangatkan oleh akhbar. Pertama mari kita melihat apakah masalah sebenar yang telah dikemukakan oleh salah seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya iaitu Dr. Ahmad Hidayat Buang. Beliau sebenarnya telah membongkar kemelut atau masalah pengurusan dalam institusi zakat di Negara kita. Antara masalah yang telah diajukan persoalan pengagihan zakat yang tidak telus, tidak menyeluruh dan keciciran penerima zakat yang sepatutnya menerima zakat. Beliau juga mempertikaikan tentang kegagalan institusi zakat dalam mengenalpasti penerima zakat serta kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti penerima zakat. Dalam siu ini tidak ada langsung kaitan dengan pengurusan kutipan zakat.

Kedua persoalan sekarang kenapa Dr. Mahathir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyarankan ditubuhkan Lembaga Urusan Zakat Malaysia (LUZAM) secara spontan ?. LUZAM dikatakan ingin ditubuhkan dengan matlamat menyelaraskan kutipan zakat seluruh Negara. Luzam akan berperanan mengumpulkan zakat daripada seluruh negeri-negeri. Semua dana zakat akan dikumpulkan di LUZAM. Kemudian wang zakat akan diagihkan secara adil kepada negeri-negeri. Peranan pusat zakat negeri mengagihkan kepada penerima masalah. Adakah penubuhan LUZAM menyelesaikan masalah atau ada muslihat lain yang berlaku.

Ketiga kenapakah perlunya sebuah pusat zakat dipusatkan sedangkan pentadbiran agama Islam, mahkamah syariah, enakmen pentadbiran Islam negeri, fatwa negeri-negeri dan masalah agama di negeri-negeri tidak dipusatkan. Tiba-tiba hal ehwal berkaitan dengan wang cuba dipusatkan. Cara penyelesaian masalah pengurusan pengagihan zakat adalah mestilah dengan mengubah sistem atau kaedah pengagihan yang selama ini dipertikaikan. Masyarakat mempertikaikan persoalan pengagihan bukan pengumpulan atau kutipan zakat.

Keempat apa kelebihan jika wang zakat dipusatkan ? Jika wang zakat dipusatkan oleh LUZAM maka secara langsung kuasa Pusat untuk menggunakan wang tersebut untuk kepentingan tertentu. Adakah kita sudah lupa tindakan bill out yang dibuat oleh kerajaan untuk selamatkan syarikat kroni. Mangsa adalah wang rakyat dalam KWSP dan Tabung Haji. Maka mangsa terbaru adalah Wang Zakat. Kerajaan pusat juga mendapat bunga yang tinggi bilamana menyimpan wang zakat yang beratus-ratus juta di dalam bank. Kerajaan juga berhak untuk menyekat saluran kewangan hak rakyat negeri Terengganu dan Kelantan sebagaimana yang telah dibuat selama ini dalam pengagihan peruntukan wang kerajaan pusat kepada negeri dan hak royalti minyak yang dirampas sewenang-wenangnya. Kami mahasiswa Islam mengajak rakyat Malaysia berfikir secara terbuka masalah atau isu yang sedang dimainkan sekarang dengan fikiran yang positif.

Muhammad Faisal Abdul Rahman
Pelajar Tahun Akhir
Jabatan Fiqh dan Usul Pengajian Syariah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

http://www.pemudapas.net/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com