Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Fikir-fikir sejenak bersama ahli-ahli sembang

I.
Oleh : Osama Malaysia
Maksiat Di Kelantan dan Terengganu
Sat Dec 1 21:49:31 2001

Anda nak tahu kenapa banyak tangkapan khalwat di Kelantan dan Terengganu,ini kerana pegawai pencegah maksiaT menjalankan tugas dengan jujur tanpa memilih bulu.Dulu masa zaman BN sebelum pergi serbu sesuatu pusat maksiat mereka call dulu.Bagi pemuda pemudi yang berpeleseran pula ,mereka buat kerja sambil lewa sahaja,kerana para pegawai ini malas dan hanya mengharap gaji tapi rasa tanggujawab kepada tuntutan agama,kini Kerajaan PAS telah melantik 160 orang pegawai pencegah maksiat secara sukarela tanpa sebarabg gaji dan elaun dari mana mana pehak.Mereka berkhidmat kerana melaksanakan amanah sebagai Khalifah di bumi Allah.

II.
Oleh : OSAMA
Kerajaan Islam UMNO "hebat"
Sun Dec 2 09:09:37 2001

Kerajaan Islam UMNO anjur konsert Michael Jackson.
...tapi kerajaan Filipina sekat Michael Jackson.

Kerajaan Malaysia terus memberi lesen disko, kelab malam, KataOK.
...tapi kerajaan Hun Sen Kemboja tutup disko, kelab malam, KaraOK.

Mereka yang kafir pun reti masalah moral. UMNO kata buat maksiat asalkan berdisplin dan tak kacau orang takpe... macam konsert Michael Jackson, dipujinya pengunjung konsert kerana berdisplin.

III.
Oleh : hadi
anak jamal nama osama
Mon Dec 3 11:18:58 2001

Mengikut kawan aku kat jpn,nama mahathir dah hampir 3 tahun takde sapa pun daftar.berlainan ngan nama anwar,ezam,hadi.mungkin ibubapa malu nak letak nama diktator tu.yg mengejutkan nama osama pun telah berdaftar seramai 3 org termasuk anak penyanyi jamal abdillah.

IV.
Oleh : Untuk Melayu No Otak
Rakyat termiskin di Kelantan dan Terengganu
Sat Dec 8 09:43:19 2001

Hari2 media cetak dan eletronik kerajaan madey menghebahkan yang rakyat termiskin di negara ini hanya terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Walau bagaimana pun perkembangan mutakhir telah membuktikan yang rakyat termiskin di Kelantan dan Terengganu ia lah Annuar Musa, sebab itu dia layak menerima wang sabanyak RM36.5 juta dari tabong PPRT.

Kalau Annuar Musa yang mempunyai mahligai2 di Kuala Lumpur dan Kota Bharu dan berpuluh kereta2 mewah di takrifkan sebagai rakyat termiskin, bayangkan berapa kaya rakyat2 biasa di Kelantan dan Terengganu. Mungkin mereka semua mempuyai mahligai2 berharga RM 200 juta dan kereta Rolls-Royce berderet-deret.

Dari itu kita boleh mengambil kesimpulan apa yang di canangkan oleh media2 madey hanya lah propaganda politik untuk memburok-burok kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

V.
Oleh : Pemerhati
Hati-hati laporan media berkenaan sultan mizan perkenan
Sun Dec 9 16:30:49 2001

lantikan gani petai sebagai AG baru. Mader and co. akan berbuat apa sahaja, reka cerita dan laporkan dalam media tentang persetujuan tersebut sekalipun, mungkin yang empunya diri tidak pun ditemui atau dapat perkenan. Kerana inilah perangkap mader dalam percaturan politik bangkrupnya. Cara beliau untuk musnahkan kredibiliti seseorang ialah dengan cara mereka cerita dan mendahului laporannya menerusi media.

Lihat apa yang berlaku ke atas Dr. Tantawi, shyekhul azhar pada tahun 1998 lalu ketika beliau melawat ke negara ini, dan ditanya tentang isu murtad. Dr. Tantawi tidak pun berkata yang orang yang murtad itu tidak perlu dibiarkan, malah, wajid diperangi. Tetapi laporan media iaitu UM pula lain ceritanya. Dikatankan bahawa Dr. Tantawi kata, murtad tak perlu diperangi. Inilah putarbelit media malaysia di bawah umno.

Lihat pula tentang afidavit polis dalam kes DSAI dahulu. Afidavit ini dihebahkan ke dalam media iaitu malay mail pada sebelah paginya, sedangkan kes itu hanya didengari pada sebelah petang. Mahkamah terperangkap, maka dikatakan yang afidavit itu boleh disiarkan walaupun sebelum keputusan mahkamah. Wahab Petai terjerat dan akan dijadikan sebagai alasan untuk terus memerangkap hakim jahat ini.

Lihat pula dalam kes, kununnya DSAI ada akaun sebanyak RM3b yang dihebahkan ke dalam media terlebih dahulu. BPR yang ketika itu tidak tahu-menahu akan akaun tersebut terpaksa mengikut telunjuk apabila media sudah hebahkan dengan akuan berkanun oleh Dato' Khalid Murad, kununnya DSAI memang betul ada akaun berkenaan. Maka BPR terpaksa mengikut rentak yang sumbang ini walaupun sehingga kini, akaun entah ke mana, siasatan entah ke mana, KP BPR pula terpelanting sebab tak mau lagi teruskan kerja-kerja gila di bawah pemimpin korup umno.

Dan banyak lagi berita mendahului peristiwa yang dipaparkan oleh Dr. M, yang dianggapnya rakyat malaysia ini terlalu bodoh dan dungu, sedangkan yang bodoh dan dungu itu hanya kalangan pendokong mereka sahaja.

VI.
Oleh : Anak Murid
Cikgu Yang dikatakan buat soalan menghasut di BebaskAN !!
Sun Dec 9 23:04:12 2001

Masa dulu akhbar heboh, mengenai cikgu ni... macam-macam andai dibuat... Ulas itu ini demi nak puas nafsu peminpin UMNO, terutama yang tua tu !

Cikgu tu dibuat naya pula... Di berhentikan kerja, gaji distop....

Bila kes di bawa Mahkamah... apa 'Mahkamah Mathadir Al Kuty'........

Tapi dengan kewibawaan peguam-peguam Muda dari Lajnah Guaman Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.... Cikgu Tersebut didapati tidak berSALAH !!!
Cukup aku suka akan dapat balik cikgu yang baik otak bukan macam sesetengah cikgu tua kat sekolah aku yang karat biru... bodoh dan bangang.... internet tak tahu tak ikut perkembangan zaman.

Tahniah Cikgu... dan Tahniah Lajnah Guaman Pas Terengganu...






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com