Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PERLANTIKAN ABDUL GANI PATAIL
Bila ada kontroversi UMNO juga yang rugi

Lagi sekali UMNO terdedah dengan tuduhan skandal atau konspirasi di peringkat kurang tinggi yakni perlantikan Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara. Kontrovesi lantikan Abdul Gani Patail seharusnya tidak wujud memandangkan beliau adalah "senior" dalam jabatan tersebut tetapi beliau menerima banyak kritikan semasa mengendalikan perjalanan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang jelas ialah perlantikan beliau mempunyai impak terus kepada UMNO sebagai parti memerintah. Saya percaya dan dari apa yang saya fahami ialah perlantikan beliau juga menerima kritikan dari pihak-pihak tertentu dalam Majlis Peguam Negara.

Saya kurang pasti bila tetapi kalau tidak silap saya Dr Mahathir Mohamed pernah mengatakan bahawa antara syarat sesuatu perlantikan individu adalah mereka tidak mempunyai sebarang kontrovesi. Apa pun isu perlantikan Abdul Gani Patail sudah di gembar gemburkan oleh media internet sejak beberapa minggu lalu. Suara internet pembangkang sudah meramalkan perletakan Ainum Mohamad Saaid sungguhpun media cetakan biasa masih sunyi. Saya pada awalnya mengatakan bahawa itu satu spekulasi pembangkang tetapi nyata faktor perletakan jawatan itu tepat dan benar. Perlantikan Abdul Gani Patail juga tepat tetapi konspirasi mengenai percubaan menyingkirkan Ainum oleh beberapa kepimpinan tertinggi termasuk Abdul Gani masih samar dan tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Hairan berita seperti ini mampu di bawa oleh media internet pembangkang. Kalau di lihat mereka cekap dalam mendapatkan berita jika di banding dengan organisasi berita seperti Utusan Malaysia, Star dan Sun yang mempunyai berpuluh-puluh wartawan. Dalam hal ini saya tabik laman-laman Pro Reformasi. Sungguhpun kalanya terdapat butiran yang tidak tepat tetapi kebenaran mereka tetap ada sungguhpun mereka terbatas dalam gerakan mendapatkan berita.

Apa pun UMNO harus sedar bahawa impak perlantikan Abdul Gani Patail jatuh keriba UMNO. UMNO juga yang akan menjadi tumpuan kritikan oleh pembangkang sungguhpun dalam isu ini mungkin mereka tidak boleh di persalahkan. Saya sendiri nampak kontrovesi Abdul Gani Patail dan percaya perlantikan beliau bukan menguntungkan imej UMNO. Menguntungkan siapa, saya pun tidak tahu tetapi mungkinkan ini merugikan kita dari sudut menegakkan keadilan dan meningkatkan imej badan kehakiman negara ini yang agak tercalar.

Ghazali Mat Dom

.....................................
Ghazali Mat Dom adalah webmaster laman umno-reform






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com