Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Yang mana satu fitnah ni....

Banyak betul saya membaca mengenai isu rasuah Dato Khir Toyo. Di sebelah pihak satu lapuran telah di hantar ke BPR untuk menuntut agar Dato Khir Toyo di siasat dan di satu pihak lain menyatakan sokongan UMNO Selangor kepada Khir Toyo dan mengatakan ini adalah satu fitnah pembangkang.(lihat kenyataan Tan Sri Mohd Taib,bekas MB Selangor)KLIK SINI .

Apa yang saya nampak disini ialah sempadan politik yang tebal dan ketebalan ini melampaui garisan antara kebenaran dan kesalahan. Apa yang saya nampak ialah Ahmad Lufti dalam pendedahannya telah membuat lapuran ke BPR dan ADUN-ADUN pembangkang Selangor sudah mencuba untuk membawa perbincangan isu rasuah Khir Toyo di Dewan Undangan Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu apa yang kita nampak ialah satu saluran perundangan (melapurkan ke BPR) telah diambil oleh Ahmad Lufti. Bagaimanapun isu Dr Khir Toyo ini telah di gunakan oleh mereka sebagai satu isu untuk memperolehi lonjatan politik bagi pembangkang.

Namun apa yang menjadi persoalan di hati saya ialah isu "fitnah". Apakah "fitnah" merangkumi pendedahan rasuah atau dipercayai membuat atau melakukan rasuah berdasarkan fakta-fakta yang telah di terima. Apakah beliau Ahmad Lufti ( biar berapa banyak pun wang yang diperolehi seperti yang dituduh oleh beberapa penulis internet serta kepimpinan UMNO) di kategorikan sebagai pembuat fitnah? Sebaik sahaja Lufti melapurkan kepada BPR bahawa beliau percaya bahawa terdapat perlakuan rasuah oleh Khir Toyo maka adalah menjadi tugas BPR untuk menyiasatnya seadil mungkin. Adalah menjadi tugas kita untuk memberi justifikasi bahawa perjalanan pentadbiran Dato Khir Toyo adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kepada pihak BPR serta penerangan kepada rakyat bagi melunaskan tanggung jawab moral Menteri Besar kepada rakyat Selangor dan kepada ahli UMNO. Sebarang tindakan susulan adalah tanggung jawab BPR dan badan perundangan negara kita ini.

Sehubungan dengan itu dimana letaknya 'Fitnah"? Saya mungkin jahil dalam ilmuan Islam (sungguhpun saya benar-benar berhasrat mendalami) tetapi saya tidak nampak isu "fitnah" dalam soal ini. Lufti melapurkan apa yang pada beliau berunsur rasuah dan lapuran di buat kepada BPR. Kita pula menuduh Lufti membuat fitnah. Maka di sini saya mampu keliru dengan konsep "fitnah" yang kita katakan. Apakah kita mengatakan Lufti membuat fitnah kerana kita membela Dr Khir Toyo atas dasar kita dalam satu kumpulan politik? Apakah sebenarnya kita yang membuat fitnah atau Lufti yang membuat fitnah?

Saya membaca banyak artikel justifikasi yang dikemukakan oleh penulis-penulis internet tetapi apa yang saya nampak ialah kelemahan hujah dan kelemahan ini hanya menunjukkan bahawa pembelaan kita di buat hanya sekadar menyelamatkan Dr Khir Toyo. Saya juga tidak mengatakan Dato Khir Toyo bersalah. Saya hanya mahu perkara ini diselesaikan dengan telus. Andai Dato Khir sendiri sedar akan kesalahannya maka langkah seterusnya ada pada beliau tetapi andai tidak maka biarlah perkara ini di bawa kemuka keadilan. Saya percaya andai hujah Lufti kuat nanti maka menyelamatkan Khir akan bererti mencalari UMNO sendiri tetapi andai Lufti gagal maka balasannya akan di tanggung oleh beliau.

Ghazali Mat Dom

....................................................
Ghazali Mat Dom adalah salah seorang editor laman UMNO-reform

Kome Webmaster: Cara dan perbuatan TepakBersulam memang jijik, cara menyerang Lutfi juga tidak bermaruah sebagai seorang penulis. Nampaknya bukan sahaja pihak pembangkang tak boleh terima, malah dikalangan orang UMNO sendiri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com