UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Aziz Sheikh Fadzir menari lagi

Oleh : Ghazali Mat Dom

Utusan Malaysia merakamkan suara Aziz Sheikh Fadzir yang menyatakan bantahan terhadap mereka yang mengkritik perlantikan Datuk Gani Patail sebagai Peguam Negara yang baru. Suara Naib Ketua Pemuda UMNO tersebut dewasa ini tidak lagi menunjukkan kreadibiliti beliau sebagai kepimpinan Pemuda berwawasan tetapi lebih kepada kepimpinan Pemuda yang juga terikat halkumnya dengan suara yang tersekat lantas membayangkan bahawa kenyataan berapi-api beliau sewaktu mengkritik kepimpinan UMNO setelah tewas pilihanraya Lunas dahulu hanyalah lakonan sandiwara beliau. Suara hebat Aziz Sheikh Fadzir kini merupakan nyanyian ketakutan beliau setelah ditegur apabila bersuara lantang. Ini mengingatkan saya kembali apabila pembangkang elebel beliau sebagai badut UMNO semasa isu Suqiu dahulu.

Saya terbaca kenyataan Aziz Sheikh Fadzir mengenai bantahan beliau terhadap mereka yang mengkritik perlantikan Abdul Gani Patail. Bagi saya kenyataan Aziz Sheikh Fadzir hanya mahu menunjukkan bahawa beliau kembali menjadi pendokong kerajaan biar apapun senario atau kedudukan kebenaran yang ada. Ini meletakkan pemuda UMNO kembali kepada kepimpinan parti yang tidak mahu menjanakan perubahan agar dapat meyakinkan rakyat kembali mengenai wadah perjuangan UMNO.

Saya secara tegas mengatakan bahawa kritikan terhadap perlantikan Abdul Gani Patail oleh Majlis Peguam dan parti-parti pembangkang adalah hak mereka menyuarakan apa yang mereka rasakan tidak sesuai. Ini adalah kelayakan mereka yang hidup dalam suasana demokrasi yang sihat dan seimbang. Kita mampu mengemukakan justifikasi perlantikan tetapi bukan menghentam mereka yang mengkritik perlantikan Abdul Gani Patail menjadi Peguam Negara dengan justifikasi yang lemah dan tidak berasas.

Aziz Sheikh Fadzir harus memulakan sikap mengatakan perkara sebenar dari hanya mengaburi kebenaran kerana politik dan cita-cita tersendiri. Setakat ini langkah Aziz yang dahulunya di geruni dengan keberanian beliau mengemukakan kepincangan dan mengkritik kepimpinan nyata hampas dan tidak lagi bermaya. Nyata Aziz sujud kembali kepada kepimpinan yang di kritik beliau dan takkala ini mungkin terpaksa menjilat kembali ludah beliau sendiri.

Hakikat sebenarnya UMNO-Reform pernah terpegun dengan keberanian Aziz Sheilh Fadzir tetapi kini Aziz hanya tinggal Aziz yang kehilangan tabik dari kami. Pelbagai isu besar yang patut di tangani pemuda UMNO tetapi apa yang nampak Aziz masih menjadi tukang angguk yang berwibawa. Isu besar melibatkan pelbagai aspek kehidupan tidak ditangani tetapi kenyataan angguk sahaja yang berkumandang di dada-dada akhbar.

Sebenarnya saya sedar Aziz juga punyai hak untuk menegur pembangkang dalam kritikan mereka terhadap Abdul Gani Patail tetapi apa yang menjadi kehampaan bagi saya terhadap Aziz Sheikh Fadzir adalah sikap beliau yang hanya "gah" berkata-kata dengan idea politik baru dalam UMNO tetapi sayang kata-kata tersebut mungkin hanya mencari nilai untuk dirinya.

Demikianlah hakikat sebenar Datuk Aziz Sheikh Fadzir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com