UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bunuh membunuh dalam UMNO

Seakan mula terserlah dari posting-posting yang di terima di Forum UMNO bahawa konsep pancung memancung sudah berleluasa dalam UMNO. Kita lihat keadaan di Kedah dengan usaha sesetengah pihak yang mahu menamatkan era kepimpinan Datuk Kadir Sheikh Fadzir. Kebangkitan tokoh muda baru di Kedah menyebabkan keadaan di sana bergolak dan kini masing-masing mahukan tempat bukan untuk berkhidmat tetapi lebih untuk feadah diri. Tokoh muda seperti Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ahli lantikan Majlis Tertinggi Umno Malaysia mula menunjukkan belang masing-masing dalam usaha untuk mendapat sokongan UMNO di Kedah. Bermulalah era hentam-menghentam. Forum UMNO-Reform di jadikan landasan untuk ini. Kenyataan harta Datuk Kadir dan salah lakunya yang lebih bercorak tuduhan tanpa bukti terpapar di dada forum ini.

Sealiran dengan keadaan di Kedah, Selangor juga mempunyai masalah tersendiri. Dikatakan pembangkang telah di minta untuk menjatuhkan kreadibiliti MB dan kumpulan dalam UMNO sendiri yang menjadi dalang untuk tujuan ini. MB Selangor sekarang sudah tercabar. Isu salah guna kuasa MB tersebut kalau benar di kemukakan oleh musuhnya dalam UMNO pasti akan membawa kesan negetif pada UMNO Selangor itu sendiri. Mungkin gerakan PAS untuk memintas UMNO di Selangor akan berhasil pada pilihanraya ke 11 nanti kalau ini berterusan.

Pahang dan masalah Kuantan masih belum selesai. Sungguhpun begitu percakaran tetap wujud. Tan Sri Khalil Yaakub dan angkatannya masih tidak terkeluar dari isu rasuah dan pemberian tanah rizab Melayu dan soal lesen pembalakan. Wilayah Persekutuan tidak kurang hebatnya. MP Zulhasnan kini terkial-kial di Bahagian.

Satu satu isu UMNO terbangkit dan satu-satu isu ini menjarakkan rakyat dari UMNO. Konsep pembunuhan dalam UMNO ini mungkin budaya lama yang masih di teruskan demi mencari nilai dalam parti. Ini adalah pembunuh No 1 Umno dan jangan salahkan orang lain kalau UMNO semakin dalam tertanam.

Andai perubahan tidak mahu di terima maka saya yakin UMNO sendiri akan menghembuskan nafasnya yang terakhir tidak berapa lama lagi.

Ghazali Mat Dom






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com