Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Calon MPP bantah pengendalian pilihan raya UTM

SKUDAI, 2 Dis (Hrkh) - 19 calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2002 berkumpul di pejabat Naib Canselor (NC) Universiti Teknologi Malaysia pagi Rabu, 28 November lalu bagi membantah pilihanraya MPP kali ini.

Calon-calon tersebut ingin berjumpa dengan NC untuk mengadu penyelewengan yang telah berlaku pada hari pilihanraya MPP dan ketidaktelusan dalam pilihanraya ini.

Mereka meminta NC untuk mengadakan satu sesi penjelasan yang terbuka kepada semua masyarakat kampus dengan kehadiran semua calon pilihanraya dan Urusetia pilihanraya MPP.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat berjumpa dengan Prof. Zulklifi, Naib Canselor UTM kerana NC sedang bermesyuarat. Wakilnya, Encik Zawawi berjanji akan menyampaikan segala permintaan mereka.

Bagi mereka, pilihanraya MPP kali ini telah berlaku pelbagai penyelewengan serta ketidakadilan dan ia sedang hangat dipertikaikan.

Antaranya, mereka mempertikaikan:-

1) Mengapa pihak Urusetia Pilihanraya MPP HEP mengubah syarat kelayakan calon yang tertakluk pada Peraturan dan Syarat Pilihanraya MPP UTM pada saat-saat terakhir penamaan calon pada iaitu pukul 8.30am 19 November 2001 dengan menurunkan syarat keputusan peperiksaan calon, CPA 3.0 kepada 2.5. Sedangkan, menurut mereka, Timbalan Pendaftar Pilihanraya ini masih tidak tahu tentang perubahan syarat ini pada pagi 8.30 pagi dan perlu memastikan hal ini dengan Timbalan Naib Canselor HEP?

2) Mengapa peti undi dari Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi pernah dialih dari kedudukan asal? Gambar yang diambil oleh pemerhati yang terakhir keluar dari bilik VIP, DSI (26hb November 2001, 10.30pm) dan terawal masuk ke bilik VIP, DSI (27 November 2001, 9.00am) menunjukkan peti undi telah dialih.

3) Menurut senarai nama pengundi bagi Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi, hanya terdapat 500 pelajar mengundi pada hari pilihanraya MPP. Namun, keputusan yang dikeluarkan pada hari 27 November 2001 telah menunjukkan terdapat 806 undi. Mengapa hal ini berlaku? Tambahan pula, peti undi bagi Fakulti Kajuruteraan Sains Geoinformasi telah mencatat nombor siri undi adalah bermula dari 0403 hingga 0812. Malahan, ketika proses mengira undi, pemerhati mendapati undi yang bernombor siri 0001 hingga 0403 telah muncul di peti undi fakulti tersebut.

4) Mengapa TNC menyalahguna kuasa dan pengaruhnya untuk memaksa pelajar mengambil bahagian dalam pilihanraya MPP ini walaupun mereka tidak rela membuat demikian? Selain itu, pelajar berharap keputusan peperiksaan calon yang CPAnya bawah 3.0 (seramai 15 orang) dapat menghadiri sesi penjelasan ini untuk menjelaskan sebab-sebab bahawa mereka dapat mengetahui keputusan perubahan syarat pada awal lagi sebelum notis dikeluarkan dan sempat membuat semua persediaan semasa hari penamaan calon.

Selain itu, calon hanya dibenarkan mencetak 50 helai poster sahaja, tidak dibenarkan berkempen dalam bilik kuliah, dan keselamatan dalam pengendalian undi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com