Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Umno menari ikut rentak PAS

Oleh Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 3 Dis (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Haji Omar menegaskan, Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad terpaksa menari mengikut rentak PAS bagi menarik keyakinan rakyat agar menyokong parti mereka.

Menurutnya, oleh sebab itulah berbagai-bagai peristiwa aneh berlaku dalam negara ini seperti pengistiharaan Malaysia sebuah Negara Islam, meniru manisfesto Barisan Alternatif (BA), membawa Sheikhul Azhar ke sini dan sebagainya.

"Perdana Menteri terpaksa menari mengikut rentak PAS sekarang ini kerana beliau tahu sekiranya beliau gagal berbuat demikian Umno akan hanyut di telan zaman, " jelasya sewaktu berceramah di Markaz Tarbiyah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu baru-baru ini.

Kata beliau, dalam isu negara Islam, Perdana Menteri sering mengulangi kenyataan beliau, terutamanya di hadapan masyarakat bukan Islam, supaya menerima konsep Umno dan bertindak menolak cara PAS yang dilabelkan militan serta ganas.

Sedangkan, katanya, semua orang tahu betapa dakwaan bahawa Malaysia sebuah Negara Islam tidak relevan kerana terdapat terlalu banyak premis menjual arak, pusat judi, Magnum dan seumpamanya.

"Sewaktu orang bukan Islam masih sangsi dengan konsep Negara Islam yang ingin diterangkan oleh PAS, PM terus ambil kesempatan mengistiharkan Malaysia sebuah Negara Islam, sedangkan pada hakikatnya ia tidak begitu, " ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Selain itu, katanya, kerajaan turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengeluarkan teks khutbah Jumaat berhubung Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

"JAKIM turut dijadikan alat menyebarkan khutbah Jumaat untuk menguatkan hujjah mereka selain membawa Sheikul Azhar ke sini dengan niat mengambarkan kepada rakyat bahawa PAS tidak perlu lagi mengwujudkan Negara Islam kerana Umno telah laksanakannya, " jelas beliau dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri dengan kerjasama PAS Kawasan Kepala Batas.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Setiausaha Perhubungan, Jamil Hasan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Azizi Ayub.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com