Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ziarah tahanan Kemunting raya pertama, kedua

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Jabatan Penjara Malaysia memberi peluang kepada keluarga banduan, tahanan dan juvana membuat lawatan sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Penjara Malaysia, Kausalya Devi A/P Sathoo, bagi pihak Ketua Pengarah Penjara Malaysia, lawatan bagi semua Institusi Penjara Malaysia ditetapkan pada Hari Raya ketiga dan keempat manakala bagi Tempat Tahanan Perlindungan Kemunting, Taiping, lawatan dibuka pada Hari Raya pertama dan kedua.

Pelawat dibenarkan membuat lawatan bermula jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan keutamaan diberi kepada banduan/tahanan/juvana beragama Islam saja.

Sehubungan itu, pihak penjara telah menetapkan beberapa peraturan lawatan. Bagi memudahkan urusan, para pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan. Di samping itu, kuih muih yang dibawa hendaklah diisi di dalam bekas plastik.

Selain itu, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang minuman untuk banduan. Minuman boleh dibeli di kantin penjara.

Pelawat juga tidak digalakkan memberi wang memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara. Sekiranya mereka ingin memberi wang atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan, pemberi hendaklah mendapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com