Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bukan fatwa tapi resolusi, kata YDP PUM

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Yang DiPertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berkata segala resolusi yang dihasil dalam Ijtimak Khas Ulama Malaysia anjuran PUM dan Persatuan Ulama Kedah (PUK) baru-baru ini bukanlah fatwa.

Malah katanya, ia tidak pernah dilabelkan oleh PUM sebagai fatwa sebagaimana di gembar-gembur oleh pihak media kelmarin yang kononnnya PUM membuat fatwa sendiri mengenai pemulauan barangan dan perkhidmatan Amerika.

Katanya, resolusi itu jelas mengandungi tuntutan agar Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang mengeluarkan fatwa mengenai isu Afghanistan.

"Ini menunjukkan penghargaan PUM dan PUK terhadap peranan Jawatankuasa berkenaan dan ketegasan PUM berbentuk resolusi, rumusan dan saranan," katanya.

Justeru itu, beliau menegaskan bahawa Pum tidak sekali-kali akan mengambil alih peranan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Resolusi PUM dan PUK hari itu adalah rasional dan waras," tegasnya.

Menurutnya, pernyataan resolusi tersebut adalah perlaksanaan terhadap kebebasan berbicara dan berpendapat yang dilindungi olen perlembagaan negara.

Beliau berkata sebagai umat Islam yang wara' bijak, konsisten dan tidak gopoh sepeti mana dinyatakan Rasulullah, mereka perlu menghayati ketetapan resolusi mengenai Afghanistan itu.

Katanya resolusi itu menyebut, 'Menetapkan; bahawa nemulau semua bnarangan, perkhidmatan dan activiti sosial Amerika syarikat adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam dana kempen ni harus diegerakan oleh semua pihak secara bersungguh untuk menjayakannnya'.

Katanya seruan tersebut perlulah digabungkan dengan maklum balas dan perlakasanaan yang bijaksana.

"Jika ada sesiapa yang ingin melaksanakan tuntutan itu secara irrasional dan emosianal, itu adalah kesilapannya," katanya.

Beliau juga berkata, PUM menyokong kenyataan dan resolusi ulama Islam dan gerakan Islam di pelbagai negara yang menyeru umat Islam memulau barangan dan perkhidamatan Amerika.

"Kita yakin mereka berfikir berdasarkan rasionaliti, emosi Muslim yang prihatin dan praktikal," tegasnya lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com