Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PPRT cara mudah pemimpin Umno kumpul kekayaan?

MACHANG, 5 Dis (Hrkh) - Kewujudan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di negara ini sehingga sekarang belum lagi mampu mengubah status rakyat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Malah, sebaliknya ia dikatakan menjadi salah satu plaftform pemimpin Umno mengaut kekayaan peribadi secara mudah. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh

berkata, PPRT yang diwujudkan sejak sekian lama masih tidak mampu untuk mencapai matlamatnya.

"Buat sebanyak mana pun PPRT, tetapi rakyat tetap berada di tahap lama dan tidak berubah.

"Malangnya apa yang berubah bukan rakyat, sebaliknya pemimpin Umno yang mendapat manfaat secara tidak langsung dengan kewujudan projek tersebut," katanya pada ceramah Ghazwatul Badar di Labok, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Yang Dipertua PAS Machang, Ustaz Hassan Muhamad dan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Haji Zulkefli Mamat.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kelantan yang didakwa sebagai negeri paling miskin di negara ini oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed, tidak mungkin dapat bebas dari belenggu itu kerana wujudnya unsur penyelewengan dalam agihan bantuan kepada rakyat.

"Pemimpin Umno mendapat manfaat besar dengan adanya projek PPRT. Sebab itu mereka sekarang menjadi semakin resah apabila penyelewengan yang dilakukan sebelum ini sudah terbongkar.

"Bukan sahaja pemimpin Umno bertaraf ketua bahagian yang resah, malah pemimpin Umno kecil di kampung turut gundah dengan pembongkaran penyelewengan tersebut," katanya.

Beliau juga mendakwa ada imam yang mempunyai hubungan rapat dengan ketua bahagian turut terbabit dengan penyelewengan bantuan PPRT.

Katanya, imam berkenaan mendapat habuan projek daripada ketua bahagian menggunakan skim PPRT.

"Sebab itu sehingga kini imam terbabit tetap tidak berganjak menyokong Umno kerana sekiranya dia keluar daripada parti tersebut penglibatannya dengan penyelewengan akan didedah.

"Ketua bahagian Umno mengugutnya untuk dilaporkan kepada polis sekiranya dia mahu bertindak keluar daripada Umno," katanya.

Ustaz Wan Ismail yang juga Adun Melor turut mendedahkan, ada kontraktor yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno di bahagian tertentu di negeri ini melakukan penyelewengan apabila cuba membuat tuntutan terhadap projek yang tidak dilaksanannya.

Katanya, kontraktor terbabit mengukur jalan yang dibuat oleh pihak lain dan mengemukakan tuntutan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk mendapatkan bayaran.

"Pernah berlaku di Peringat di mana jalan yang dibatukan oleh kerajaan negeri ditar segera oleh kontrator tertentu dan mengemukakan tuntutan kepada JPP, termasuk kos batu kuari," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Hatta berkata, kerajaan BN cuba menghalang rakyat negara ini mendapat maklumat secara jelas kerana khuatir ditolak mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, isu yang berlaku dieksploit sebegitu rupa sebelum disebarkan kepada umum.

"Kerajaan BN terlalu takut maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com