Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenaikan tol membebankan rakyat

Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Wakil pembangkang menyifatkan kenaikkan kadar bayaran tol sebanyak 10 peratus yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari depan benar-benar membebankan rakyat.

Lim Hock Seng (DAP-Bagan) berkata, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan(Plus) mendapat untung hasil kutipan tol setiap hari tetapi keadaan jalan kini bertambah teruk tanpa sistem penyelenggaraan yang sempurna.

Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mencadangkan agar kerajaan mengambilalih pengendalian tol ini sepertimana yang dilakukan ke atas IWK dan KTM dan membuat satu tender kepada konsesi yang lain.

"Sekiranya jumlah trafik kurang daripada apa yang dijangkakan, kerajaan perlu dapat pembahagian daripada keuntungan tersebut. Mungkin ini lebih mendatangkan faedah kepada rakyat,"katanya.

"Jika kerajaan PAS memerintah, pasti tol tidak perlu dibayar dan tempoh konsesi tidak dilanjutkan lagi,"katanya yang disambut tepukan gelak ketawa daripada barisan pembangkang.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga turut berasa kesal dengan kenaikan tol tersebut

Dato' Mohamad bin Hj Aziz (BN-Sri Gading) berkata kadar kenaikan 10 peratus harus dipertimbangkan kerana kadar penggunaan melebihi yang dijangkakan.

"Lagi baik jika tidak dinaikkan atau hapuskan terus sistem tol,"tegasnya.

Cadangan beliau itu turut disokong oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Lim Si Cheng.

Beliau juga meminta kerajaan menghapuskan tol Senai kerana sebelum itu kerajaan berjanji untuk menurunkan kadar bayaran tetapi hasilnya diambil oleh Plus sedangkan Plus tidak terlibat dengan pembinaan tol tersebut.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Dato' S. Samy Velu menjelaskan kadar tol dinaikkan kerana Plus telah meminjam daripada bank beberapa bilion ringgit dan bayaran tersebut tidak dijelaskan.

Justeru katanya pihak kerajaan bertanggungjawab membayar kepada bank.

"Kerajaan telah menetapkan tol dinaikkan 10 peratus setiap tahun atas semua kenderaan dan pihak kami akan membayar ganti rugi terhadap Plus. 10 peratus merupakan kadar yang munasabah,"katanya.

Sebelum itu, menjawab pertanyaan Dato' Ir Ho Cheong Sing (BN-Ipoh Barat) adakah pihak kerajaan akan mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara -Selatan jika jumlah trafik sebenar melebihi anggaran jumlah trafik yang digunakan, Samy Velu menjelaskan perjanjian konsesi di antara kerajaan dan syarikat pengendali lebuhraya yang membolehkan kerajaan mengurangkan kadar tol jika jumlah trafik sebenar melebihi jumlah trafik yang dianggarkan.

"Di dalam cadangan penyusunan semula kadar tol bagi Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), kerajaan telah memasukkan klausa perkongsian hasil di antara kerajaan dan syarikat, daripada hasil pungutan tol yang dibuat ke atas jumlah trafik yang melebihi jumlah anggaran,"katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com