Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pemuda Umno jangan perlekeh ulama

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh)- Setiausaha Agong Sekretariat Pelajar, Persatuan Ulama' Malaysia(SPPUM), Khairul Anwar Mustafa berkata, terdapat sesetengah pemimpin Umno yang memperkecilkan pendapat para alim ulama' dalam permasalahan memboikot barangan Amerika.

Katanya, terdapat pemimpin mengaitkannya dengan menaiki kapal terbang berjenama Amerika untuk pergi menunaikan Haji.

"Sebagaimana yang disebut oleh seorang ulama', perkara ini jelas memperlihatkan pemikiran sempit pemimpin -pemimpin sekular yang mendabik dada dengan wajahnya sebagai pemimpin Islam di sebuah negara yang diishtihar sebagai negara Islam

"Saranan Pemuda Umno supaya Persatuan Ulama'Malaysia (PUM) lebih rasional dalam mengeluarkan resolusi Ijtima Khas Ulama' Malaysia dalam isu memboikot barangan Amerika Syarikat tidak lebih daripada memperlekehkan pendapat dan saranan yang telah dibuat oleh sekian ramai ulama' muktabar di seluruh dunia,"katanya.

Tambahnya lagi, Prof Dr Yusof Al-Qardawi dan pemimpin-pemimpin gerakan Islam telah menyatakan secara jelas bahawa: "Membeli barangan Amerika dan Israel adalah HARAM".

"Kita yakin pendapat alim ulama ini adalah lahir dari sikap rasionaliti, emosi muslim yang prihatin tentang permasalahan umat,"katanya.

Beliau menegaskan saranan Pemuda Umno itu jelas menunjukkan kedangkalan mereka dalam memahami pernyataan dan nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mengandungi kenyataan yang bersifat umum dan khusus.

Malah katanya lagi, Pemuda Umno gagal memahami perbahasan ilmu Feqh Islamiyah dari sudut perbahasan halal, haram dan permasalahan dharurat.

" Adakah dengan memboikot makanan ringan seperti KFC, Mcdonald, Pizza Hut dan Kenny Rogers Roasters serta memboikot daripada pembeli pakaian berjenama Levi's Lee Cooper, G.A Blue, T-Shirt Levi's GAP, Dunhill merupakan suatu amalan yang tidak praktikal dan rasional untuk dipraktiskan oleh umat Islam?

"Adakah memboikot barangan minuman seperti Coca-cola, Pepsi, Sprite, 7 Up juga merupakan sesuatu yang tidak masuk akal dan praktikal untuk diamalkan oleh umat Islam,"

Justeru katanya, amalan memboikot barangan Amerika ini adalah sesuatu yang mudah dan amat praktikal diamalkan oleh semua umat Islam.

Katanya lagi, di samping mengakui terdapat perkara-perkara yang dharurat atau perkara yang tidak dapat dielakkan, umat Islam sememangnya diajar supaya berfikir secara bijaksana dan waras untuk menilai dan mengambil ketetapan berhubung dengan perkara ini.

"Jika tidak membeli barangan Amerika sekalipun masih banyak barangan alternatif lain yang boleh dibeli atau didapati di pasaran. Malah ada pendapat seorang pelajar, kita tidak akan mati kebuluran dengan tidak memakan barangan AS.

"Saranan Pemuda Umno dan golongan yang mempertikaikan resolusi Ijtima' Ulama' ini tidak lebih daripada mengiyakan tindakan zalim yang dilakukan oleh mustakbirin Amerika dan sekutunya yang telah menghancurkan negara dan umat Islam sejak sekian lama,"katanya.

Katanya lagi, dalam ruh Ramadhan yang mulia ini, umat Islam seharusnya meningkatkan jihad menentang kebongkakan dan kezaliman AS dan sekutunya dengan apa cara sekalipun yang berbentuk rasional, bijaksana dan perihatin.

"Cara mudahnya hanyalah dengan memboikot barangan AS sebagaimana yang disarankan oleh alim-ulama',"tegasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com