Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Badrul Amin akan didakwa di mahkamah 30 Januari

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan, Dr Badrul Amin Bahrun yang ditangkap pada pagi 7 Disember lalu, akan didakwa di Mahkamah Mejestrit, Selayang pada 30 Januari 2002 ini.

Menurut peguam yang mewakilinya, Saiful Izham, Dr Badrul yang ditahan di Balai Polis Daerah Gombak pada hari tersebut dilepaskan pada sebelah malamnya dengan jaminan polis sebanyak RM2000.

Beliau berkata, Dr Badrul akan didakwa di atas tuduhan melanggar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di bawah seksyen 8 (5).

"Sekiranya beliau didapati bersalah perintah penggantungan tahanannya mungkin dibatalkan dan beliau akan dihantar balik ke Kem Kemunting untuk menjalani hukuman ISA," katanya kepada Harakah.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan menyiasat dakwaan yang mengatakan Dr Badrul berada di luar kawasan rumah atau sebaliknya.

Sementara itu laporan Bernama yang dipetik melaporkan Ketua Polis Daerah Gombak ACP Massani Hashim berkata, Dr Badrul ditahan pada hari tersebut adalah untuk siasatan lanjut dan menunggu arahan daripada pihak atasan sama ada dia beliau akan ditahan semula mengikut akta ISA.

Dr Badrul, bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pernah menjalani hukuman ISA di Kem Kamunting, Taping, Perak bersama 5 lagi aktivis Reformasi pada 20 April lepas.

Bagaimanapun, pada 3 November lepas beliau dibebaskan dengan pembebasan bersyarat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com