Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Polis siasat tuan rumah selama empat jam

BALIK PULAU, 10 Dis (Hrkh) - Bekas calun PAS Dewan Undangan Negeri (Dun)Teluk Bahang, Haji Rahim Rahmat dan Yang diPertua PAS Kawasan Balik Pulau,Yaacob Yatim disoal siasat selama empat jam di Balai Polis Balik Pulau keranamengadakan ceramah tanpa permit.

Mereka yang dipanggil oleh pihak polis ke balai keesokkan hari akhirnya ditahandari pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 tengahari.

Sebelum disoal siasat, pihak polis datang merampas pembesar suara yang masihditinggalkan di rumahnya sebagai bukti mengadakan ceramah tanpa kebenaran.

Harakah dimaklumkan, mereka berdua dibebaskan dengan jamin mulut oleh dua orang peminjamin.

Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Hamdan Abdul Abdul Rahman ketika mengulas kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini berkata, pihak keselamatan harus mengkaji balik tindakan mereka kerana ianya boleh menghilangkan lagi keyakinan rakyat kepada pasukan yang menjaga keamanan negara.

Beliau juga kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Negeri ketika pertemuan dengan PAS yang membenarkan program keagamaan.

"PAS kecewa dengan sikap polis yang berdolak dalih untuk memberikan kebenaran ceramah walaupun dalam bangunan sendiri terutamanya sambutan hari kebesaran Islam, " tegasnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Mengikut perancangan awal program yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah,Haji Mohamad Sabu dicadangkan di Kampung Perlis terpaksa berpindah ke Sungai Burung kerana sekatan pihak polis sejak pukul 5.00 petang lagi.

Walaupun berpindah pihak polis tetap bertindak mengepung rumah sehingga sejam selepas program tersebut untuk menahan Haji Mohammad Sabu.

Namun, niat mereka untuk menahan beliau gagal apabila petugas sempat melarikan beliau ke tempat lain dengan cara memadam elektrik.

Sebelum ini, polis berjaya menahan empat orang ketika mengadakan ceramah sempena Nuzul Quran Peringkat Negeri di Markaz Tarbiyah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Mereka yang ditahan di Balai Polis Daerah Seberang Perai Utara itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Hamdan Abdul Rahman, timbalannya, Ustaz Khalid Man, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Sik, Ustaz Othman Ibrahim.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Disember 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com